Pages

Saturday, December 19, 2009

SENI KAIT SEMAKIN DILUPAKAN

Salam semua.....



Dulu setiap kali mak mengait mesti Seri duduk sebelah mak. Seronok je tengok jarum kait, benang kait dan jari-jemari mak bergerak-gerak. Memang boleh melekakan. Macam tak terasa masa berlalu. Mak kait alas meja, tv, kusyen, dll. Mak juga pernah kaitkan topi untuk adik. Mak kata mengait satu seni. Sekarang mak dah lama tinggalkan seni kait.



Kalau nak mengait memerlukan ketekunan dan kesabaran. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam je. Jika tidak, tak lengkap satu set. Mengait mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding menjahit baju. Sebab itu jarang orang mengambil tempahan mengait. Yang eloknya modal mengait tidak banyak. Hanya berbekalkan dengan jarum kait, benang kait dan kertas (design kait) sudah cukup untuk mengait.


Seni kait boleh dihasilkan dengan menggunakan satu jarum satu (crochet), dua jarum atau tiga jarum. Biasanya orang mengait menggunakan dua jarum untuk membuat pakaian seperti baju sejuk. Tapi sekarang, seni kait sudah kurang mendapat perhatian. Kenapa ya? Ada lelaki yang terjun dalam bidang masakan, jahitan dan andaman. Ada ke lelaki yang minat mengait?



mengait menggunakan satu jarum


mengait menggunakan dua jarum


mengait menggunakan tiga jarum


p/s: Ayah Seri pernah nasihatkan mak supaya tinggalkan hobi mengait kerana menjadi salah satu sebab rabun mak makin bertambah.

3 comments:

Pais Mais said...

hebat giler!!!

OrEn said...

aku reti wat skit2...mak aku ajaq dulu...ehehhe

Seri said...

pais chaos:
banyak lagi seni-seni yang makin dilupakan

oren:
seronokkan mengait. Seri pun tahu sikit-sikit je

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator