Pages

Tuesday, December 29, 2009

ANAK MAT TIARAP

Salam semua.....

gambar ambil dari google


Ibubapa merupakan faktor kedua tertinggi yang menyumbang kepada masalah pelajar. Itu antara sari pati apa yang Seri pelajari dalam kelas Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan petang tadi. Mula-mula ingat subjek ni macam Sivik. Tapi kali ni Seri bukan nak bercerita soal nilai-nilai murni tapi perihal ayah Seri. Sesiapa yang mengikuti blog Seri mungkin telah mengetahui yang ayah Seri seorang askar. Terima kasih ayah. Disebabkan ketegasannya Seri menjadi seorang 'manusia'


Bangun awal

Ayah paling tak suka orang liat bangun pagi. Oleh itu kami memang dah dididik untuk bangun awal pagi walaupun masa cuti. Tapi bukan bererti lepas subuh tak boleh tidur. Setakat pukul 7-8 pagi boleh lagi dia terima.


Tidur awal

Bagi memastikan kami boleh bangun dengan segar setiap pagi ayah menghadkan waktu menonton TV/ belajar sehingga jam 9.30 malam. Lepas waktu tu dah kena hambat masuk tidur. Tak payah buat-buat rajin menelaah kononnya.


Ikut rule

Ayah tak marah kalau gulai masin ke, masam ke, pahit ke. Dia makan je. Tapi dia marah kalau sesuatu benda buat tak ikut rule. Contoh: Ni siapa ajar kau potong petola macam ni. Mak dah lama tak masak petola, Seri dah lupa. Makcik cafe potong macam tu Seri ikut la. Masa tu mak kerja tak tahu nak tanya siapa. Seri diam je.


Semua perlu bukti

Kalau ada rombongan sekolah ayah mesti nak tengok dulu surat kebenaran dan butiran lengkap tentang rombongan tu. Padahal cikgu hanya akan bagi semua tu kalau dah tulis nama comform pergi. Rasa macam tersepit je. Seri nak sangat ikut.


Check buku/ beg sekolah

Ikut suka ayah nak check bila buku/ beg sekolah. Kalau buku tak bertanda mesti dia tanya: cikgu kau tak tanda buku ke? Nanti dia minta bawa balik buku kawan-kawan sekelas sebagai bukti. Jika ayah tak puas hati dia yang akan datang sekolah tanya cikgu. Ayah tak akan marahkan guru tapi akan salahkan anak dia.


Kedatangan penuh

Ayah memang aim anak dia dapat anugerah kedatangan penuh agaknya. Hehe. Bukan kerana hadiah. Ayah memang tak kasi ponteng sekolah. Biasanya lepas UPSR, PMR tak buat apa-apa pun kat sekolah. Tapi ayah suruh datang juga. Teruk adik kena libas sebab ponteng kelas tambahan.


Wajib tengok berita

Biasa tengok Buletin Utama TV3. Ayah kata macam mana nak tahu perkembangan dunia kalau tak tengok berita. Masa sekolah rendah mana la suka tengok semua tu. Memang tak ada alasan. Kerja sekolah kena buat sebelum atau selepas berita. Kalau tv rosak sebab utama ayah akan hantar kedai untuk baiki adalah kerana berita. Surat khabar beli hari ahad saja.


Persiapan lengkap ke sekolah

Jika esok hari persekolahan malam tu kena siapkan semua sekali. Susun buku, gosok baju, isi air dalam botol, stokin letak dalam kasut dll. Bukan pagi tu nak ke sekolah baru terhegeh-hegeh buat itu ini.


Cukup peka

Jangan menipu. Memang pantang. Along pukul berapa kau basuh baju. Apasal tak kering-kering lagi. Cuaca cerah patutnya dah boleh angkat. Sambil pegang baju untuk mengetahui darjah kelembapan pakaian. Errr.... lambat sikit. Ayah Seri pernah pegang spenda budak askar sebab bagi alasan buang air sebab lambat. Dia tipu. Spenda kering je. Padah muka, muka kena flush sekali dengan najis dalam mangkuk tandas. Siapa suruh tipu ayah Seri.


TV kena rehat

7-8 malam tak boleh buka tv. Tv tak boleh buka lebih dari 4 jam. Kalau dia balik rumah pegang tv panas memang nak kena. Nanti katanya asyik tengok tv je. Tak kan nak tuam tv dengan air batu nak kasi sejuk. Tak kasi can tengok kartun. Padahal tu yang paling best. Nak tengok waktu ayah tak ada kat rumah.


Tiada majalah hiburan, komik yang tak berfaedah

Novel/ buku cerita boleh baca/ beli tapi bukan berkonsep percintaan muda-mudi. Kalau tahu mak yang akan masuk campur. Mak tak suka anak dia baca novel cinta. Tapi, bukan dulu mak pernah belikan buku Cinderella dan Snow White ke. Nasib baik novel tersebut tak kena dengan jiwa Seri. Biasa baca novel thiller. Paling suka novel Ramlee Awang Murshid. Majalah hiburan memang tak pernah bawa masuk rumah. Semua tu cepat expired date. Rugi kalau beli. Lain la majalah Kosmik, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat. Bila masuk matrik baru berani beli majalah Ujang/ Gila-gila. Tapi bila Seri balik sekali lagi majalah semua tu dah tak ada. Tanya mak dan adik-adik, katanya tak ada usik pun. Mesti ayah dah jual bersama-sama surat khabar lama untuk dikitar semula. Faham-faham je la.


Mandi petang sebelum pukul 7

Tapi biasanya bila dah leka keluar main memang tak ingat dunia. Masa kanak-kanak, tahu main je. Lepas tu balik berebut bilik air dengan adik. Kalau ayah keluar mula leka diri tu belum mandi. Dengar je bunyi motor ayah balik cepat-cepat ambil tuala pecut masuk bilik air.


Jangan memberontak

Pernah adik nak air. Ayah minta Seri ambilkan. Seri hulur cawan dengan muka masam. Ayah balik cawan berisi air kat lantai. Lain kali jangan buat macam tu, ayah tak suka. Mungkin kata ayah dalam hati.


Tak suka gula-gula

Ayah tak suka anaknya makan gula-gula. Pernah ayah baling gula-gula yang Seri beli. Kantoi. Habis semua jadi habuan semut-semut. Ayah kata baik duit buat beli roti.


Ayah seorang yang pendiam. Dalam diam dia memerhati. Kalau melampaui batasan memang kena. Seri pun pernah kena. Tapi sekali tu saja. Kena sebat dengan hanger sebab tak nak pergi sekolah. Hanger patah, Seri menangis tanpa bunyi. Takut wooo. Terkencing kat situ juga. Masa tu darjah 2. Sekarang dah terbalik. Seri tak sabar nak masuk sekolah balik.


Mak pula seorang yang lembut. Kalau dua-dua garang tak tahu apa nak cakap. Lembut dia pun ada kerasnya. Gara-gara ayah bawa Seri pergi kedai gunting tanpa pengetahuan mak. Terkejut mak, rambut Seri dah jadi ala-ala boy cut. Apa lagi mengamuk la dia anak perempauan dia macam tu. Sejak itu ayah tak masuk campur soal rambut Seri/ adik perempuan Seri. Kalau adik lelaki memang dia tak kasi bela rambut panjang. Kempunan la kau angah nak merasa rambut panjang.


Ada banyak lagi. Cerita 3 hari 3 malam pun tak habis. Menurut kajian ayah yang bekerja dalam unit beruniform merupakan seorang yang garang. Mesti kawan Seri ingat Seri post semua ni sebab statement pensyarah dalam kelas tadi. Kebetulan pula. Draf entri kali ni Seri buat sebelum pergi kelas tadi. Garang ke?

Disebabkan ketegasan askar membuatkan Seri pernah terfikir nak cari suami macam ayah (askar). Biasa la tu. Ramai perempuan yang nak cari calon suami lebih kurang macam ayah mereka.

Sebab lain:

  • Menepati masa
  • Disiplin
  • Smart tengok orang beruniform.
  • Sebahagian gaji salur terus kat akaun isteri

Masa tu ruang lingkup yang terhad hanya berkawan dengan anak-anak askar. Tinggal pun dalam kem. Tapi bila dah dewasa fikiran lebih terbuka. Ramai yang mempunyai pandangan sinis dengan askar ni. Kata mereka askar ni tak boleh tengok perempuan. Kalau nampak mulalah. Tapi bagi Seri itu normal. Sebagai seorang lelaki. Lagipun mereka jarang tengok perempuan jakun sikit la. Masa latihan/ operasi jumpa betina (haiwan) saja. Tapi segelintir je.



AKU TAK MENGERTI

Sekadar memerhati tingkahnya.

Tanpa suara dia berbicara

Ungkapan diatur tanpa madah

Sungguh, aku ingin fahami

Katakan, barang sebaris

Untukku, anak gadismu


Coretan buat ayah.

8 comments:

iera said...

org yg terrer buat puisi adlh org yg dpt mngolah kata2 tersurat kpd yg tsirat dn pnuh makna.
sgt best puisi 2~ tersirat... =D

Kensi Ell Byle said...

betull...
saye setuju ..sebb saye anak polis..pkara yg sama berlaku kat saye..hahah

azzam said...

cait...mane ade aska garang..aku nie tak garang pun,.mesra jer..hahha...tapi bab2 ciri2 aska tuh memang betul..takkan pmatahari da terpacak baru nk bangun tido kot,persiapan tok esok mmg la kena setelkn mlm nie,baru x kelam kabut...ok?hahha..adiooss...~!

Naz said...

wow... straight nya ayahanda kamu tu... respek2..

Seri said...

iera:
thanks. sekadar cuba melahirkan apa yg terbuku dihati.

cik leyha:
tak semua garang tp tegas tu majoriti rasanya

zamfadliez:
semua itu untuk kebaikkan anak2 mereka juga

naz:
ayah dah tak macam dulu. mungkin dia fikir anak2nya dh boleh fikir sendiri. tp nasihat ttp ada

Rona Realiti said...

nice entry...
saya anak mat terap...
dan bakal jadi gak mat terap...

p/s: jujur ckp.. askar ni byk yg hancur...!!

kudabesi said...

askar x blh tgk perempuan? haha sama jer..cikgu pn sama

well ketegasan mcm tu prkara biasa bg bapa2 generasi dulu. pengalaman dorg membesar sbnarnye lg keras dari yg dia buat kat kita. sbb tu dia rasa ape dia buat tu btol & x keras mana

tp smakin dorg tua & ank smakin dewasa..itu akan brubah, bkn dari fizikal shj tp dari segi approach

p/s: bkn anak sojar..my dad served in PPT shj n Palang Merah in 60's lol

tatatetot said...

i will...=D

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator