Horayyy
Exam dah habis......
Yahooo
Esok balik rumah......
Lusa adik konvo......
Waaaaa
Kat rumah tak ada internet.......
Barang-barang belum habis kemas lagi........
Dengan kepulangan Seri ke Tampin maka blog ini akan ditinggalkan seketika sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Jika melihat kepada kalender akademik cuti Seri selama lima minggu kurang seminggu budak sekolah dan penuntut IPGM. Namun ini tidak bermakna tiada entry baru dalam tempoh tersebut kerana kemungkinan besar ada peristiwa yang menarik yang akan berlaku. Sudah pasti Seri ingin mengabadikan kenangan tersebut di dalam blog. Terima kasih kepada para pembaca..... macam karangan spm
Sebelum Seri menyambung kerja-kerja mengemas barang (bilik perlu dikosongkan), Seri ingin berkongsi sebuah kisah nabi yang baru Seri baca beberapa hari yang lalu. Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah tersebut.
KISAH NABI NUH MERAUNG TIDAK HENTI-HENTI
Nama Nabi Nuh a.s. bukanlah Nuh meskipun Allah s.w.t. menyebut nama Nuh dalam Al-Quran. Siapa nama sebenar Nabi Nuh a.s. tidak pula diketahui. Nuh bermaksud raungan atau tangisan yang berterusan dalam bahasa Arab.
Kisah bermula apabila Nabi Nuh a.s. terlihat seekor anjing bermata empat lalu dihadapannya. Rupa anjing yang tidak seperti anjing-anjing yang lain dan menarik minat Nabi Nuh a.s. lalu menyuruh anjing itu berhenti di depannya.
Nabi Nuh a.s. berkata 'Wahai anjing, aku lihat muka kau begitu hodoh, mata engkau 4 tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?'
Lalu anjing itu menjawab 'Kau tanya siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku hendak mukaku hodoh begini? Tanya Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau!'
Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) apabila mendengar jawapan anjing itu. Dia menangis tanpa henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Memohon kemaafan yang tidak henti-henti.
Sejak itu namanya dipanggil Nuh dan kekal namanya Nabi Nuh a.s. di dalam Al-Quran dan diamun dosanya oleh Allah s.w.t.
Doa Nabi Nuh a.s.:
'Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang menganaiya'
Doa melihat orang cacat/ seorang yang ditimpa bala:
'Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang menimpanya dan melebihkan aku dari makhluk lain'
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang menganaiya makhluk lain. Sesungguhnya doa orang yang dianaiya diangkat oleh Allah s.w.t.
p/s: Bacakan buku cerita untuk anak kecil sebelum tidur. Err, belum kahwin macam mana nak ada anak.
2 comments:
Salam... Hai!! Do visit our blog.. U can get ur cheap and adorable shawls there.. let's grab ur stuff!! ...
crita yg bgus utk dkongsi bsama pmbaca;)
Post a Comment