Pages

Wednesday, November 04, 2009

SIAPA NAMA?

Salam semua.....

Sekarang dah susah nak jumpa nama Joyah, Rogayah, Milah dan seanggatan dengannya. Semua nama-nama itu diganti nama Airin, Risya, apa lagi ek (nak tahu pergi selak novel-novel remaja). Apa sahaja nama yang diberi tidak memberi masalah selagi nama itu memberi makna yang baik. Lagi pun itu hak ibu bapa memberikan nama kepada anak mereka. Sudah menjadi trand letak nama anak panjang-panjang tapi panggil anak dengan nama lain.


Dialog dalam drama Nur Kasih:

Tak kan I nak panggil isteri I kucing (cat)


Sebelum pergi pejabat pendaftaran kaji dulu nama anak tu.

Percakapan itu doa.

Setiap kali kita menyebut/ memanggil namanya doa.

Mesti kita nak mendoakan yang baik-baik.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Jadi berikanlah nama yang baik kepada anak-anak kamu.

Hadis riwayat Abu Daud



Sesi mempromote nama adik-beradik Seri.


AMEZA BINTI MUSA (Seri bukan nama sebenar)

Miza = berseri-seri

Puas Seri minta ayah Seri ingat balik maksud Ameza sebab ayah kata ada maksud tapi dia dah lupa. Bila zaman dah maju try cari nama kat google. Dah jumpa tapi tak puas hati kalau tahu dari satu sumber sahaja. Belek-belek buku nama-nama yang kawan Seri beli untuk kakak dia jumpa maksud Miza baru puas hati.


AKHMAL HAKIM BIN MUSA

Akmal = sempurna, sangat pandai

Hakim = bijaksana

Mak teh yang beri nama. Katanya dia ambil dari seorang ustaz. Masa kecil selalu sangat menangis. Orang dulu-dulu kalau bayi selalu menangis mungkin nama tak sesuai. Atuk Seri panggil adik Seri dengan nama Kamal (kesempunaan). Sampai sekarang lekat dengan Kamal.


AININ SOFIYA BINTI MUSA

Ainin Sofiya = mata air jernih dan bersih

Ayah beli buku nama-nama Islam, kami pakat-pakat pilih. Dengan persetujuan semua kami (mak, ayah, Seri dan Kamal) pilih Ainin Sofiya. Panggilan di rumah Ainin. Cepat sangat nak menangis, mak kata mungkin sebab Ainin bermaksud mata air. Mak suruh ubah panggil Sofiya. Tapi masing-masing lidah dah terbiasa dengan Ainin. Sampai sekarang panggil Ainin. Tersedak bila dah besar Ainin tanya kenapa tak panggil dia adik. Adik tu untuk baby je la. Dah besar tak sesuai panggil adik walaupun anak bongsu. Biar dia rasa lebih bertanggungjawab. Bak kata Mak no kompromi k.


Semua bermula dengan huruf A. Ayah kata nanti senang, kebanyakkan urusan mula ikut alphabet. Memang ada rasionalnya. Ayah dan mak Seri dah fikir 22 tahun yang lalu dan kesannya masih dirasai sekarang. Ujian lisan, PAFA kami kena dulu. Buku teks SPBT kami dapat dulu, siap boleh pilih-pilih yang elok dan cantik-cantik. Terima kasih mak ayah kerana telah memilih nama yang sedap, cantik dan mempunyai makna yang baik kepada kami.


Masa Seri latihan mengajar minta senarai nama dari cikgu yang ambil alih dan sebutkan nama mereka sorang-sorang dalam hati. Takut kes salah sebut nama, tak pun bunyinya jadi lain.



p/s: Sedap juga nama Fadzli

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai seorang yang agak anti-konservatif, aku juga merupakan seorang yang anti pop.

Sekarang dah menjadi satu fenomena, di mana, nama anak-anak dijadikan satu subjek yang dianggap remeh. Dan ia juga menjadi trend nama anak-anak diambil melalui gabungan nama ibau bapa, nama artis, dan nama objek.

Ada juga ibu bapa yang tidak berfikir panjang dalam memberi nama kepada anak mereka, asalkan nampak glamour terus di namakan anak itu.

Aku juga pernah menjumpai seorang anak perempuab yang lahirnya dari keluarga Islam Melayu tapi di namakan Kristina! What's the point the stupid jackass parents put this name on their daughter soul?

Jika aku memandang kearah sudut logika bahasa, ia tidak salah meletakkan nama anak sebagai Kristina, kerana mengikut bahasa, ia membawa maksud CAHAYA ataupun PENYINAR didalam bahasa Ibrani jika tidak silap saya.

Tetapi adakah lebih baik jika nama itu ditukarkan kepada Nur, lebih indah dan sedap didengar, dan ia juga tidak melanggar norma agama dan adat kita.

Aku memang seorang yang anti-konservatif, dan ia hanya berlaku jika terdapat percanggahan, namun dalam hal ini, konservatifsme adalah diperlukan, kerana ia melibatkan pembentukan akhlak insan, kerana nama, Insyallah, dapat membentu akhlas, kerana ia adalah seperti doa bila setiap kalau dipanggil.

Sanggupkah anda mendengar anak anda di ejek sebagai Islam murtad di sekolah jika namanya Kristina! Menyesallah, kerana ia salah anda jika menamakannya begitu dan anda telah berlaku zalim kepada anak anda!

kudabesi said...

apa nama anak kristina?

betul la, boleh je nak namakan anak dgn bahasa melayu ke arab ke. tapi bila pilih dari bahasa ibrani (hebrew) dia da bawa konotasi berbeza

nama fadzli?

pak cik bagi tu, utk anak dia tp sepupu yg lahir tu perempuan

so bg kat bayi lelaki nih.

ejaan dia pun agak moden sket (dlu la). klu dlu cikgu eja fadhli, fazli. suka2 je tukar

tp dulu ustazah bahasa arab da bg tau nama ni molek..

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator