Pages

Thursday, November 05, 2009

MEMBERI DAN MENERIMA

Salam semua.....

Menunjuk…..


Menunjuk….


Menunjuk….


Besarnya replika cek dia. Lepas tu panggil wartawan. Masuk dalam tv, surat khabar, majalah. Nak bagi tahu satu dunia agaknya. Selepas bencana lagi banyak terpampang. Siap ada segmen khas lagi. Tak pun bila nak dekat-dekat raya. Atau pun masa dekat-dekat tempoh pilihan raya.


Perlu ke tempah replika macam tu bila nak menderma?

Agak-agaknya?

Kalau orang berpengaruh/ syarikat/ pertubuhan sesuai la. Tak kan kita yang setakat derma RM10 (yang penting ikhlas) nak panggil wartawan pula.


Ada baiknya juga buat macam tu. Ia menjadi pendorong orang lain untuk turut menderma. Firman Allah s.w.t. Surah Al-Baqarah, ayat 271:

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu secara (secara terangan), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah s.w.t. akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahtui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.


Entah la. Sekarang Seri pun terikut-ikut trend ‘menunjuk’ tu. Cuba tengok gambar di bawah. (penyerahan sampul surat berisi duit kepada pihak rumah anak-anak yatim) Gambar ini diambil sewaktu kumpulan Seri mengadakan program di salah sebuah rumah anak yatim di Johor untuk melengkapkan tugasan luar. Kami kena ambil gambar untuk ditunjuk pada pensyarah dan semasa pembentangan sebagai bukti. Segan juga bila nak minta resit sumbangan derma. Macam dah kena terap pula............. (adakah kami dilatih untuk jadi seperti mereka)

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tak jadi nak upload.

Sorry….



p/s: Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator