Pages

Friday, August 28, 2009

PERGI KELAS BAWA PISAU

Salam semua.....


Ayam yang Seri dan kawan-kawan jaga dah besar. Dah boleh jual. Tapi jarang orang nak beli ayam hidup-hidup. Bagi memenuhi kehendak pasaran kami perlu proses dulu ayam tu. Kelmarin kami jalankan operasi menyembelih sehingga proses membungkus ayam. Mujur juga ada peti ais yang besar di ladang. Barulah Seri tahu fungsi peti ais yang besar berada di situ.


Menangkap ayam
Ayam ni macam tahu je kena sembelih


Satu, dua, tiga,....


Ayam yang telah disembelih.
Sembelih tu tak perlu sampai terpotong kepala.


Celur air dalam air panas bagi memudahkan proses menanggal bulu ayam.
Jika bulu pada kepak dah boleh cabut boleh angkat ayam tu. Nanti jadi ayam rebus pula.


Masukkan ayam dalam mesin.
Mesin digunakan bagi memudahkan bulu ayam tertanggal.


Proses membuang bulu ayam.
Jangan lupa keluarkan organ dalaman ayam.


Membasuh ayam.


Memotong ayam.
Potong kepada 2, 4 atau 8 bahagian.


Menimbang dan membungkus ayam


Lebih 100 ekor ayam yang disembelih. Dalam masa 4 jam kami berjaya menyiapkan sehingga proses membungkus. Letak ayam dalam peti ais dulu. Kami perlu ke kelas selepas tu. Bukan kata nak mandi tukar baju pun tak sempat. Nanti lambat pula ke kelas. Ada kawan Seri kena tegur pergi kelas bawa pisau.

p/s: Apa yang penting. KERJASAMA.
Kerja yang berat menjadi ringan.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator