Pages

Monday, August 17, 2009

kaw sadeng kwam yin dee duay

Salam semua.....

Harga runtuh
Harga turun
Harga rahmat

Bunga....bunga.....

Telah menjadi tradisi memberi bunga pada hari konvokesyen

Sejak bila tradisi itu bermula tidak pula Seri ketahui.

Hujan sebab tu keluar perkataan runtuh, turun dan rahmat.

Pelbagai cara penjual bunga menarik perhatian pengunjung untuk membeli jambangan bunga di gerai mereka.


Petang semalam Seri dan Zu ke Dewan Sultan Iskandar untuk memeriahakan hari konvokesyen. Dah lama teringin sangat nak tengok majlis konvokesyen sebelum Seri sendiri naik di atas pentas tu. (kalau tak ada aral melintang & panjang umur) Dan semalam baru hajat Seri termakbul.

Tahniah kepada para graduan.


Namun Seri sedih masih ada manusia yang mengabaikan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ada juga kata-kata sumbang yang dilemparkan.

"buat apa belajar sampai universiti, menganggur juga nanti"

"belajar tinggi-tinggi terperuk kat dapur juga"

Rezeki di tangan Allah. Sebagai manusia kita perlu berusaha dan jangan berputus-asa.


Sebagai renungan kita bersama:

  • “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)
  • “Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)
  • “Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)
  • “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
  • “Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 109)


Timbalah ilmu hingga ke negeri China. Namun harus diingatkan, jangan bermegah-megah dengan ilmu yang ada apatah lagi menipu orang lain.

Ilmu tidak pernah habis tetapi akan bertambah pula jika sampaikan dan ajarkan kepada orang lain.


oh ya, tajuk entri kali ni dalam bahasa siam

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator