Pages

Wednesday, July 22, 2009

MENCABARKAN DIRI UNTUK TIDAK BERBELANJA DALAM TEMPOH 24 JAM.


Hari Tidak Berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai.


Hari Tidak Berbelanja merupakan hari bagi pengguna mencabar diri mereka sendiri untuk tidak membeli-belah dalam tempoh sehari, tetapi masih dapat menikmati kehidupan. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan syarat mereka tidak mengeluarkan wang pada hari itu! Hari Tidak Berbelanja ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pengguna agar memikirkan tabiat berbelanja mereka.


Hari Tidak Berbelanja tidak bermaksud untuk untuk mengubah cara hidup anda dalam tempoh satu hari, tetapi ia menimbulkan kesedaran berpanjangan – yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Hari Tidak Berbelanja ini akan terus terpahat dalam minda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut terhadap alam sekitar.


Untuk maklumat lanjut klik di sini



Pada hari itu ramai orang berpusu-pusu membeli belah di serata cawangan membeli-belah syarikat J. Syarikat J membuat penawaran hebat pada tarikh yang sama kempen ini berlangsung. Kenapa tidak ramai yang menyahut kempen ini? Adakah mereka tidak mengetahuinya.



Berjimat cermatlah dalam perbelanjaan......Islam sendiri menggalakkan umatnya tidak membazir.

(Al-Israa':27)

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

2 comments:

Shin Chan Comel said...

berjimat itu lebih baik...pasal ramai di luar sana yang lebih kekurangan dari kita..

Azril Azizi said...

nice campaign..sygnya sykt J lak wat Jualan penghabisan stok..^_^

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator