Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu melerai kekusutan, senyum itu kemesraan, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu memurahkan rezeki, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum manis – digunakan semasa gembira atau puas hati
Senyum sedekah – selalu digunakan kepada orang yg kita tak kenal
Senyum tawar / pahit – sedang susah hati atau kecewa
Senyum sipu sipu – senyum sebab malu malu tapi mau
Senyum ada makna – senyum dgn niat tertentu
Senyum sinis – tanda senyuman tu satu sindiran / ejekan
Senyum buat buat – bila terpaksa berpura pura
Senyum sendiri – gelihati atau gila
Senyum kambing – tak penah tengok pun kambing senyum
Tetapi sayang, ramai yang mempunyai senyuman yang terabai.
Situasi 1: Tangan kau basah......tegur seorang rakan.
Situasi 2: Errr, tak pe. Tangan aku basah....(Seri mengelak dari bersalam)
Situasi 3: Baik aku yang buat wiring tu. Sebab kena test nanti. Takut terkena renjatan.... kawan yang memahami.
Proses perpeluhan menunjukkan kita sihat kerana peluh antara cara badan mengeluarkan bahan toksik. Namun sesetengah orang mengalami masalah peluh keterlaluan sepanjang masa sehingga menyebabkan mereka berasa kurang selesa.
Fakta hiperhidrosis:
Keadaan berpeluh berlebihan ini dipanggil hiperhidrosis
Kajian menunjukkan 3% penduduk Asia Tenggara mengalami masalah ini.
Tidak berbahaya tetapi menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya.
Boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur
Biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.
Terbahagi kepada dua jenis, iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus.
Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka, ketiak (aksilari), tangan (palmar) dan kaki (plantar).
Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat.
Hiperhidrosis boleh diwarisi.
Masalah yang dihadapi pesakit hiperhidrolisis bahagian tangan dan kaki:
Tangan selalu berpeluh, tak kira panas ke, sejuk ke, tenang atau gelisah mesti berpeluh. Yang peliknya hanya bahagian tangan dan kaki.
Sentiasa bawa sapu tangan. Kalau tak rasa tak selesa. Nak peganga sesuatu mesti kena lap dulu.
Mengelak dari bersalam dengan orang. Malu dengan kawan-kawan yang tak faham. Lepas salam mesti ada yang lap tangan tangan mereka.
Kena scan jari berkali-kali sebab tak jadi-jadi, sekarang banyak urusan kena scan jari.
Kalau nak tulis mesti lapik tangan dengan tisu atau sapu tangan. Paling sukar apabila buat lukisan kejuruteraan. Lukisan jadi comot.
Bila dah basah tangan dan kaki jadi sejuk walaupun dalam cuaca panas.
Kena pakai stokin sebab kaki licin. Hari-hari kena tukar stokin. Kasut kena pilih betul-betul nanti tak selesa.
Kalau berperluh sampai meleleh-leleh. Bila dah berpeluh tangan jadi lembut. Bila duduk dalam aircond tangan jadi sangat kering. Macam tak cukup air dalam badan.
Rawatan:
§Produk antipeluh yang kuat atas preskripsi doktor - yang mengandungi aluminium klorida heksahidrat.
§Iontoforesis - sejenis alat yang menyalurkan arus elektrik melalui kulit dengan menggunakan air paip.
§Ubat makan - yang diberi nama antikolinergik untuk mengurangkan perpeluhan.
§Botoks (botulinum toksin) - baru-baru ini sahaja diluluskan di Amerika Syarikat oleh FDA untuk merawat perpeluhan aksil(pada ketiak) yang berlebihan.
§Pembedahan - iaitu simpatektomi toraks, sebagai usaha terakhir.
Sumber:
http://www.iluvislam.com
http://www.gamat2u.com
http://ijn.com.my
Mula-mula memang segan/malu terutama masa sekolah. Ramai yang tegur. Lepas solat nak salam lapik dengan telekung. Bila dah masuk UTM kawan-kawan semua senang nak faham keadaan Seri. Tiada rungutan. Mungkin masing-masing dah dewasa untuk memahaminya. Terima kasih kawan-kawan.
Dalam keluarga Seri saja yang menghidapinya. Sejak dari sekolah menengah lagi. Mula-mula tu mak risau dia pegang tangan dan kaki Seri rasa sejuk. Siap gunting artikel dari surat khabar suruh Seri baca. Masa tu terharu sangat walaupun penyakit ni tak serius.
Kalau nak buat pembedahan ada kesan sampingan. Siapa yang nak jadi partner Seri kena faham benda-benda macam ni. Lagipun masalah ni cuma pada tangan dan kaki saja. Buat apa nak malu. Setiap orang pasti ada kekurangannya.
Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk hambaNya.
Hari Tidak Berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai.
Hari Tidak Berbelanja merupakan hari bagi pengguna mencabar diri mereka sendiri untuk tidak membeli-belah dalam tempoh sehari, tetapi masih dapat menikmati kehidupan. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan syarat mereka tidak mengeluarkan wang pada hari itu! Hari Tidak Berbelanja ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pengguna agar memikirkan tabiat berbelanja mereka.
Hari Tidak Berbelanja tidak bermaksud untuk untuk mengubah cara hidup anda dalam tempoh satu hari, tetapi ia menimbulkan kesedaran berpanjangan – yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Hari Tidak Berbelanja ini akan terus terpahat dalam minda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut terhadap alam sekitar.
Pada hari itu ramai orang berpusu-pusu membeli belah di serata cawangan membeli-belah syarikat J. Syarikat J membuat penawaran hebat pada tarikh yang sama kempen ini berlangsung. Kenapa tidak ramai yang menyahut kempen ini? Adakah mereka tidak mengetahuinya.
Berjimat cermatlah dalam perbelanjaan......Islam sendiri menggalakkan umatnya tidak membazir.
(Al-Israa':27)
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Untuk kawan-kawan yang nak buat text bergerak atau marquee. Click marquee di atas dan Create Marquee Text. Copy dalam kotak Embed code dan paste di ruang HTML sama ada di ruang post atau Gadget bagi HTML.
Selamat mencuba.
p/s: Ini cara mudah. Boleh juga buat marquee secara manual menggunakan koding HTML.
Masa sekolah dulu cikgu tanya: cikgu: Ayah kamu kerja apa? Seri: Ayah saya askar.
Masa di UTM kawan (palapes) Seri tanya: Kawan (palapes): Ayah kau askar apa? Seri: Askar la. Tentera darat Kawan (palapes): Askar banyak bahagian. Seri: RAMD Kawan (palapes): Tempur la tu Seri: Apa tu..... ????
Bagi meleraikan kekusutan di kepala Seri cari info mengenai askar/ tentera. Seri tak terfikir nak bertanya lanjut mengenai kerjaya ayah Seri suatu ketika dulu (sekarang ayah dah pencen) Yang Seri tahu sebelum ayah pencen dia berkhidmat di 8 RAMD, Kem di Kuala Lipis, Pahang dengan pangkat Staf Sarjan.
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
Bermula 1 Mac 1933
Terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara.
Fungsi ATM
Mempertahan kedaulatan dan kepentingan strategik dari semua bentuk ancaman.
Membantu pihak berkuatan awam, bantuan bencana alam dan membantu dalam pembangunan negara.
Penglibatan dalam arena antara bangsa melalui PBB.
Tentera Darat Malaysia (TDM):
Terdapat 16 kor dan rejimen.
Tugas kor dan rejimen dibahagi kepada 3 kelompok utama iaitu kelompok tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan.
Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM):
Pakaian seragam tentera:
No. 1 - Istiadat
No. 2 - Bush Jacket
No. 3 - Pakaian Kerja
No. 4 - Pakaian Kawat (A& B)
No. 5 - Pakaian Celoreng
No. 6 - Mess kitt
No. 7 - Baju Kebangsaan
No. 8 - Pakaian Khidmat
No. 9 - Pakaian Simpanan
No. 10 - PT Kit (Pakaian Sukan Tentera)
Minggu lepas Seri balik rumah. Kalaulah Seri dah terfikir nak post entri mengenai askar ni mesti gambar ayah Seri ada dalam entri kali ini.
Di rumah minggu lalu: Ayah: Nanti cuba-cuba tengok mengenai kerja askar kat internet. Seri: Angah (adik Seri) nak jadi askar ke? Adakah ayah ingin angah meneruskan tugas 'mempertahankan negara' dalam keluarga kami memandangkan angah saja anak lelakinya. Emak pula pasti tidak akan setuju sekiranya anak perempuannya menjadi askar.
sumber:
http://maf.mod.gov.my/eng/index.html
p/s: Ayah wira di hati emak. Pasti juga di hati Seri dan adik-adik.
Langkah pertama mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Menelifon pihak bomba.
Cuba memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api, air atau pasir bagi kebakaran yang kecil.
Bagi kebakaran yang marak anda boleh menggunakan KILI HOS sebelum jentera bomba sampai.
Pada masa kini, kebanyakkan bangunan dilengkapi dengan sistem kawalan kebakaran. Sama ada penggera asap atau sprinklers (pemercik air). Penggera asap akan berbunyi apabila sesebuah bangunan di penuhi asap manakala sprinklers tidak berbunyi tetapi air akan keluar melaluinya. Kedua-dua alat ini memerlukan sistem pendawaian dan pembumian.
sprinklers
Pengoperasian sprinklers.... Sprinklers akan disambungkan dengan paip air. Jarak antara sprinklers perlulah mengikut standard yang telah ditetapkan.
"Ainin (adik Seri berumur 12 tahun) dah semakin tinggi. Err... kita dah sama tinggi" Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Seri. "Tu la, masa kecik tak mahu minum susu" sapa emak yang tiba-tiba muncul. ”Susu tak sedap, kenapa mak tak beli susu perisa vanila ke, stawberi ke....." ujar Seri. "Banyak songeh, antara tiga orang anak mak, ada sorang tu saja yang tak suka minum susu. Botol kecik pun tak boleh nak habiskan" (lepas cerai susu badan kena minum susu tepung, bagi peluang kat adik pula)
"Ainin dah makin kurus sekarang, diet ke?" Seri cuba mengalihkan topik perbualan. Apa lagi, senyuman Ainin makin melebar. Ceh......
Sayangi tulang anda, khususnya kaum wanita:
-Produk tenusu merupakan sumber utama kalsium terutama susu yang penting untuk kesihatan tulang.
-Kalsium dalam tulang tidak akan kekal sentiasa dalam tulang. Oleh itu, pengambilan produk tenusu harus diteruskan dalam diet seharian.
-Hasil kajian bersama UPM dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.
-Pengambilan jumlah kalsium yang tidak mencukupi merupakan sebab utama berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
-Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.
-Pengambilan 2 gelas susu mampu memenuhi keperluan kalsium yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 1000mg kalsium sehari.
* Tumbesaran ketinggian tiada kaitan dengan pembinaan tulang.
Seri merenung susu tepung dalam bekas kedap udara lutsinar. Masih teringat pesanan emak. "Jangan bawa balik susu tu pulak kat rumah" Baik mak...
Milo pun tak berapa masuk, ini pula susu. Tapi janji tetap janji. Lagi pun tarikh luput susu tu lambat lagi. Hehe
p/s: Minum susu untuk kesihatan tulang. Mana boleh tinggi pun.