Pages

Showing posts with label kisah saya. Show all posts
Showing posts with label kisah saya. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

SAYANG YOU CAN DANCE


latihan bagi memantapkan persembahan




full dress researsal




senyuman jangan diabaikan



langkah di atur agar tidak sumbang



Percubaan pertama Cik Seri dalam tarian dan mungkin yang terakhir.


Pada masa tu, bilangan yang menawarkan diri membuat persembahan (tarian) untuk malam kebudayaan program khidmat masyarakat PAC’s kurang daripada yang sepatutnya. Tanpa sebarang asas tarian (kali terakhir menari semasa tadika) Cik Seri menawarkan diri. Dua orang junior dipaksa menari kerana lambat menghadiri raptai harian gara-gara ke pesta konvo. Mujur juga mereka rela.


Tarian ini dinamakan Kurik Kundi sempena nama lagu tarian Kurik Kundi yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan tarian Kurik Kundi di Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang.

PINDAH


Kotak untuk mengisi barang




Lori untuk mengangkut barang
(Cik Seri angkut barang naik teksi)


Perkeliling dah keluar. Comform kena pindah kolej. Kerja-kerja menukar perabot akan dilakukan pada cuti semester ni di Kolej yang Cik Seri diami sekarang dan sem depan. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Cik Seri dan beberapa rakan Cik Seri rancang nak terus tinggal di kolej ini waktu latihan industri nanti. Senang sikit kerja, tak perlu susah-susah angkut barang. Tapi lain pula yang jadi.


Habis exam petang 6 Mei, boleh tinggal di kolej ni sampai 10 Mei. 11 Mei mula latihan industri. Dalam masa 4 hari tersebut Cik Seri kena pindah. Semua program sebelum ni batal….. dah tak sempat. Kolej Cik Seri tinggal sekarang di atas bukit, kolej yang boleh disewa masa cuti ni ada 2, satu kolej siswi dan satu kolej siswa. Kedua-dua kolej tersebut berada di tanah rendah. Lagi pun bawa barang yang penting saja, yang lain simpan dalam stok kolej secara berbayar mengikut bilangan kotak. Nanti kena pindah balik. Elok kalau Cik Seri sediakan checklist barang.


p/s: Exam belum habis lagi tapi dah sibuk-sibuk fikir macam-macam.

Tuesday, April 21, 2009

ADIKKU SAYANG


Angah tengah praktikal (latihan industri)

Ni adik Cik Seri yang sorang lagi. Nama dia Akhmal Hakim. Yang Ainin Cik Seri dah upload gambar. Tak nampak muka dia? Cik Seri nak tunjukkan masa dia praktikal je sebenarnya.


p/s: macam tak sabar je Cik Seri nak menjalani latihan industri

Sunday, April 12, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

selamat hari lahir adikku, Ainin Sofiya
selamat hari lahir yang ke-12
semoga dirimu dilimpahi rahmat kasihNYA



Ainin bersama alongnya

Wednesday, April 08, 2009

VIDEO PEMBENTANGAN PROJEK MEGA



Tapi video ni laju semacam je
Zaki buat guna flash
aku tak tahu 'setting' macam mana
Flash pun tak tahu guna

Friday, March 13, 2009

LEMON TREE




Memori darjah 4 kelab Bahasa Inggeris. First time dengar lagu 'lemon tree' masa tu. Kami nyanyikan lagu tersebut ramai-ramai.
So sweet, the song, my friends and ME with primary school uniform.
 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator