Pages

Saturday, November 20, 2010

'TEST' DI RUMAH

Salam semua.....


Seri rasa ayah saja nak bagi test. Nak tengok anak dara dia boleh buat ke tidak.


Test 1:

Biasanya ayah beli ayam yang dah siap potong 8 bahagian. Tapi tiba-tiba hari tu ayah beli ayam seekor yang masih tang, tang , tang.



Ayam potong 8



Cam no ni den nak potong. Nak guno teori matematik yang mano. Atas bawah tak simetri.



Senget pula ayam ni (sumber)



Test 2:

Biasanya ayah Seri tolong siangkan ikan keli. Tapi tiba-tiba hari tu ayah hantar ikan keli yang hanya dibelah perut. Masalah ini.


Ikan keli berlendir. Pegang pun geli-geli. Yang paling seram ada ikan keli yang masih hidup. Ikan keli ada sengat. Teringat pula cerita klasik "bawang putih bawang merah". Ayah si bawang dua orang tu meninggal dunia sebab kena sengat dengan ikan keli.


Selama ini Seri siang ikan air masin sahaja. Ikan kembung, ikan mambung, ikan kerisi, ikan bawal (itu je ikan yang Seri kenal), yang lain main siang tapi tak tahu nama. Ikan-ikan yang sampai kat Seri pun semua dah mati.


Geli-geli, seram pun kena siang juga. Nanti ayah boikot tak nak beli ikan keli lagi. Sambil siang membayangkan ikan keli yang sudah dimasak.



Ikan keli berlada cili kering (sumber)



Ikan keli berlada cili api (sumber)



Ikan keli goreng (sumber)



Ikan keli masak lemak cili api (sumber)



Memang nikmat. Sesiapa yang tak makan ikan keli hilang 1 nikmat. Seri sebat semua ikan air tawar, ikan air masin. Cuma tak reti nak makan siput sedut.


Tentang isu ikan keli diberi makan sisa babi.

Ayah Seri beli ikan dari pengusaha ikan air tawar melayu. Seri pernah pergi tempatnya. Kalau di kedai makan Seri sedikit ragu-ragu nak makan. Tak dicuci betul2 satu hal nanti hanyir.



Seri cuci guna kapur. Bukan kapur tulis papan hitam tau tapi kapur sireh.



gambar hiasan (sumber)


Dibuatnya ayah Seri bagi test bawa balik ikan keli gergasi.


Ikan keli yang dijumpai di China



p/s: Persediaan. Mana tahu bakal suami kaki pancing. Nanti dia bawa ikan segar yang masih hidup. Hehe, berangan kejap.

15 comments:

MR. SYAH said...

hahah.. xmkn ikan keli..

Unknown said...

kalau bawak balik ikan keli gergasi, nyorok je dalam mulut ikan tu...hehe

Seri said...

mR.sYaH->
tak pernah cuba ke?

E.d.Y->
idea yang bagus. hehe

F. said...

eh eh faza sama ngan mr.syah..

x mkn ikan keli :)

Jiraiya said...

baru tau..ayam boley potong 8..ki3 - visit my Gudalhijau.blogspot.com. Cheers !

Pencacai Alim said...

ikan keli febret tapi kalau yg besar tu loya ooo

KELI OH KELI said...

jom tgk blog khas ikan keli

Seri said...

She is f.A.z.A->
rugi tau tak rasa

Jiraiya->
tak penting pun. asal boleh masak sudah. hehe

Pencacai Alim->
setuju. yang besar2 tu tak sedap

KELI OH KELI->
oh, saya suka makan ikan keli

No name said...

wah teruk nya aku.. salu abah dah siap siang kan ikan - ikan sume, tinggal nak masak jer.. huhuhu.. terasa sangat daif.. huhuhuh

diba said...

wah..sume sedap2..he

Seri said...

Lizzie Yasmin->
tak pe. boleh belajar perlahan-lahan. Seri pun tengah belajar

diba->
diba pun suka makan ikan keli rupanya

Pencacai Alim said...

knapa aku tgk byk je sawang dlm blog ni..kehkhekeh

ajim said...

eh org cuci ikan darat dgn kapur ek?dh cam cuci perut lembu jek...

Seri said...

hentam saja labu. janji hilang hanyir. hehe

Ammar said...

Tadi search dekat google cari ikan keli lepas tu jumpa dekat sini.. pinjam gambar ikan keli ek.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator