Pages

Wednesday, October 13, 2010

KITA SANGAT BERTUAH

Salam semua.....


gambar hiasan


Bila dia kata ‘I HATE MYSELF’

Kita pun tertanya-tanya, kenapa? Kita tengok dia berpelajaran, ada rupa, berperwatakan menarik, suami bukan orang sebarangan, ada anak yang comel, berpeluang tinggal di negara orang. Kita lihat semuanya sempurna. Kita ingin jadi seperti dia.


Tak pun, bila kita sebut:

kau bolehlah..............., aku ni............


Hakikatnya kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia, melainkan kita betul-betul rapat sehinggakan dia boleh menceritakannya sendiri, melihat sendiri realiti kehidupannya. Mungkin orang sekeliling mengharapkan lebih dari dia mampu lakukan, dia rindukan keluarga di tanah air, dia masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan yang baru atau masalah-masalah lain yang kita sendiri tak tahu dan mungkin tak terfikir pun.


Mak pernah cakap:

Kita tengok orang kaya memandu kereta mewah. Sebenarnya banyak benda yang difikirkan/ dirisaukan. Ingat orang kaya boleh hidup senang tanpa masalah.


Kita kurang yang sana kita lebih yang sini. Sebenarnya kekurangan yang ada tersimpan kelebihan yang kadang-kala kurang disedari.


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


(rasanya ada pembaca yang dah tahu/ pernah baca di mana-mana, Seri saja nak kongsikan)



Oleh itu, tak perlu merungut kerana ramai lagi yang ingin jadi seperti kita. Jangan dikata dunia ini tak adil kerana kita hidup bukan sekadar di dunia. Akhirat masih ada. Sebab itu adanya hari pembalasan.


“Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tidak seorangpun dirugikan walau sedikit, sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.” (Surah al-Anbiya’: 47)


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya kita sangat beruntung. Cerita dalam entri ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.


“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



p/s: taksub, bangga diri, ego, masuk dalam tajuk lain

10 comments:

Faizal Sulaiman said...

hidup ini pentingnya bersyukur:)

diba said...

stiap yg Allah jadikan..ada baik dan buruk nyr..

Seri said...

FaizalSulaiman->
betul tu. kita akan merasa cukup jika bersyukur

diba->
tiap2 sesuatu pasti ada hikmahnya kan

atie said...

Salam Seri...

Syukur atas nikmat yang diberi Ilahi.....

MR. SYAH said...

first time baca.. menarik.. kita seharusnya bersyukur dgn apa yg kita adakn..

Shukri Mohd Ali said...

syukur itu perlu.

F. said...

bersederhana dlm setiap perkara.. ;)

dan bersyukur apa yg kiter miliki ..

Seri said...

@ kak atie, mR.sYaH, Shukri Mohd Ali, She is f.A.z.A ->

kesimpulannya, kita mesti bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki. masih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik dan diduga dengan ujian yang lebih berat

Qamaruls said...

betul laaa.. syukur2..

Seri said...

Alhamdulillah

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator