Seri bukan dibesarkan dengan ayam KFC atau burger McD. Jauh sekali BURGER KING yang sebiji burgernya sampai RM10. Cukup sekadar menikmati ayam goreng dan burger pasar malam. Jadi hasilnya tak setembam seperti kanak-kanak di atas. Ya, Seri menyalahkan restoran makanan segera kerana 'berjaya' meningkatkan kadar kegemukkan rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak. Ibu bapa, sila mainkan peranan untuk mengawal anak anda.
Oh, zaman kita berbeza. Seri dan kanak-kanak seperti dalam gambar di atas. Dulu bila terasa nak makan ayam goreng bertepung dan burger mana reti nak minta beli kat restoran makanan segera. Masa tu pizza pun macam benda asing nak masuk dalam perut. Masa Seri sekeluarga tinggal di Kuala Terengganu hanya ada A&W. Ada lah setahun 2X masuk. Ayah Seri kata baik beli beras dari makan kat sana. Tapi sekurang-kurangnya merasa juga kan, kan, kan.
Pindah Kuala Lipis Seri memang tak tanya fasal A&W. Ralit menikmati ayam goreng pasar malam. Lagi pun apa ke jadah minta benda yang memang tak ada. Setahun dua tinggal di sana barulah KFC dibuka. Satu-satunya restoran makanan segera di Kuala Lipis.
Bila pindah Tampin segalanya berubah. KFC telah sedia ada. Tak lama selepas tu Marrybrown, Burger King, Pizza Hut muncul. Cuma yang masih kekal sehingga sekarang KFC dan Pizza Hut. Yang ramainya kat KFC. Pizza Hut selalunya lengang.
Dari zaman kanak-kanak bertukar ke remaja. Masa ni dah ada keinginan makan sedap-sedap. Ayam pasar malam dah tak layan. Ayah tak mahu layan pun tak apa, duit biasiswa sendiri ada. Dah pandai pergi pekan sendiri. Masuk sekolah teknik kat Seremban kenal dengan kawan baru (McD). Kawan baru dirasa lebih memahami nafsu KFC tolak tepi. Dengan kawan baru memang Seri setia. Belajar di Skudai pun bawa sekali.
Walaupun makan di restoran makanan segara dianggap masih mampu dinikmati oleh pelajar-pelajar tapi lama-lama boleh rabak juga poket. Jadinya, pilihan yang lebih menjimatkan adalah..........
beli ayam goreng bersalut tepung sejuk beku, kentang goreng sejuk beku, sosej sejuk beku dan makanan sejuk beku yang sewaktu dengannya. Dah lama dah Seri sedar tapi bila kat asrama/ IPT mana pula tempat nak main masak-masak. Sekarang beli makanan sejuk beku goreng sendiri. Nak lagi jimat, bersih dan berkhasiat buat sendiri. Goreng ayam menggunakan tepung goreng Adabi (contohnya), buat daging burger menggunakan daging/ ayam kisar, nuget pun boleh buat sendiri. Ingatkan makan daging burger, nuget dah kira cukup protein, padahal rupanya makan 'hampas'. Jadi elok buat sendiri.
dibesarkan dengan ayam dan burger pasar malam
Sebenarnya, Seri nak ucapkan selamat hari lahir pada adik Seri. Biasanya kami kutip seorang RM5 (termasuk birthday boy) adik-beradik beli ayam goreng bersalut tepung dan kentang goreng sejuk beku dan air bikarbonat. Lepas goreng kita makan sama-sama. Hari ni tradisi itu tak dapat dilakukan. Birthday boy di Shah Alam. Tunggu dia balik baru sambut sama-sama. Tak adanya nak sambut birthday kat mana-mana restoran makanan segera.
* KFC lokasi lama, Marrybrown, Burger King terletak di Pulang Sebang, Melaka. Pekan Pulau Sebang bersebelahan dengan Pekan Tampin.
16 comments:
banyak2 mknn segera, kfc jugak yg tetap dlm hati. :D
mc d mmg shedap..huk2 hepi bufday to ur adik..he
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
Eeeeemmm rasa nya KFC ni ok lah kena ngan selera aku but Mc D ni aku cuma tak suka ayam goreng dia pedas sesangat lah... yang aku suka menu kat Merrybrown yummmm sedap....
makan boleh jangan keterlaluan =)
Coco->
pelanggan setia kfc la ni
diba->
suka gi mcd la ni. terima kasih bagi pihak adik Seri
Afzainizam->
kalau nak makan ayam kat kfc, burger di mcd
Shukri Mohd Ali->
betul tu. makan berlebihan boleh mumudaratkan
tak macam dulu..dulu susah nak rasa makanan fast food..skg ni senang je nak makan..
Happy bezday bt adik seri..
star mkn makanan segera masa form 1.. sbb duk asrama.. heheh..
epi besday untux adik seri ya :)
kecik2 dulu, kfc tu makanan org2 kaya...mmg susah nak makan
Sricahaya->
betul tu. sekarang di pekan2 kecil pun dah ada kfc. tak perlu jauh2 nak ke bandar
thanks 4 the wish
mR.sYaH->
bila dah bercampur ramai2, macam2 benda belajar. termasuklah makan makanan segera
dunspeak->
thanks, bagi pihak adik Seri
E.d.Y->
dulu agak mahal. sekarang budak2 sekolah pun dah boleh beli sendiri guna duit raya/ kumpul duit belanja sekolah
gemuk blh membunuh
tue la kat ganu dulu memang ad A&W aje...tue pun x pernah masuk ekeke...skrang macam3 ada...
comel nyer dak tuh..hahah
Pencacai Alim->
kurus atau gemuk kita semua akan mati. yang pasti kegemukkan akan meningkatkan risiko bermacam jenis penyakit
Azuan->
wah, dah lama tak melawat Terengganu. tak ada saudara kat sana
zamfadliez->
comel memang comel. tapi kesihatannya mungkin bermasalah
mm...dimana2 pun skrg byk restoran kfc or mcD...klu di larang pun bkn nye...msyrkt dgr cik seri..makin menjadi2..tabiat pemakanan dieorg
cik sepi->
ikut hati hati
ikut rasa binasa
ikut nafsu.....
Post a Comment