Pages

Tuesday, August 10, 2010

SEBUMBUNG

Salam semua.....


gambar hiasan


Teman serumah....

Teman sebilik...

Teman sekatil...

Teman sebantal... (yang ni belum ada lagi)


Mak Seri kata 'dah tinggal sebumbung baru tahu perangai sebenar seseorang'. Bunyinya menarik bukan.


Masa tinggal di asrama teknik, matrik, tahun pertama di UTM roommate telah ditetapkan. Suka atau tidak kena terima kerana kita juga bukan sempurna. Bila dah tinggal sebilik hati masing-masing perlu dijaga. Elakkan perselisihan faham. Tak mahu nak gaduh-gaduh. Tak suka nak kecil-kecil hati.


Masa tahun 2 dan seterusnya dah boleh pilih roommate sendiri. Tapi Seri tak guna pun kelonggaran yang telah di beri oleh pihak kolej kediaman. Jawapannya mudah, Seri nak tengok sendiri telatah orang-orang di sini. Pada mulanya takut juga membiarkan diri dalam dilema menerima roommate yang Seri tak kenal. Bila dah masuk tahun ketiga, keempat Seri dah tak kisah siapa sahaja yang jadi roommate. Asalkan dia tahu macam mana rupa bilik (bukan macam tongkang pecah), tak bela lipas, semut dalam bilik, tahu apa itu fungsi bilik (bukan bilik mesyuarat), tak menambah saham dosa Seri (tetiba buat benda tak senonoh dalam bilik misalnya), tahu kewajipan sebagai seorang muslim (solat jangan lupa) itu sudah cukup. Tak perlu nak jaga Seri macam budak-budak, ambil tahu semua yang Seri lakukan.


Seoarang siswi/a apa yang disibukkan selain belajar, aktiviti kolej/ universiti, kawan-kawan. Tak adanya nak main masak-masak, mesin basuh ada, toilet mak cik cleaner tolong bereskan (kebersihan kena juga jaga sendiri). Tak macam masa asrama di sekolah nak kena hias-hias, tampal itu ini, cadar kena tegang sampai duit syiling boleh melantun, baju tak boleh nak gantung-gantung sebab nak kejar anugerah 3K. Nama pun campus life. Masing-masing asyik dengan assignment, kelas, kuiz, test, exam. Mana merasa hidup macam orang bujang. Bila dah habis belajar hidup kembali dengan keluarga.


Sesi mengumpat bermula…..


Seronok pula Seri dengar cerita adik Seri fasal kawan serumahnya. Orang bujang baru nak belajar hidup berdikari. Macam masuk rumah sewa semua tiada (kosong) bukan macam asrama yang ada katil, tilam, ada warden tolong jaga. Tinggal bersama perlukan persepakatan. Ermmm, susah juga bila banyak kepala. Sebabkan seorang langsung tergendala.


4 lawan 1. Kalau ikut suara majoriti nak beli mesin basuh automatik. Tapi yang seorang ni lain pula pemikirannya. Katanya jimat kalau beli yang manual. Kalau ikut perspektif Seri elok beli yang automatik. Cik adik oi (pangkat adik kot, kawan serumah adik Seri. Mesti baya-baya dia juga) kan senang beli yang automatik. Balik kerja dah penat. Siapa nak jaga air. Nak tolong tekan punat-punat untuk setiap kali pengoperasian.


Masin basuh manual:

1) Masuk baju

2) Masuk sabun

3) Masuk air

4) Bila air penuh kena tutup

5) Tekan butang untuk pengoperasian

6) Dah berhenti kena buang air

7) Ulangi proses 3-6 sebanyak 2X (untuk bilasan)

8) Keluarkan baju masuk ke bahagian pengering

9) Tekan butang pengoperasian


Mesin basuh automatik

1) Masuk baju

2) Masuk sabun

3) Buka pili air

4) Tekan butang start

5) Tunggu sampai bunyi lagu terus boleh sidai.



Kecanggihan yang ada jangan dipersia

Menjimatkan masa juga tenaga

Boleh digunakan bila-bila masa

Memang senang kerja kita


Kalaulah adik Seri jadi housemate yang 'satu' itu memang dah kena basuh dia. Hidup jangan susahkan orang. –pesanan dari kakak tersayang- Seri pula yang emo. Hikhik



p/s: Teringat pula assignment pemilihan mesin untuk bengkel KH. Lihat spesifikasi dan pilihan nak beli yang mana. Jadilah pengguna yang bijak.

2 comments:

MR. SYAH said...

hahah..

beli yg automatiuk lg cepat..

selamat berpuasa..

Seri said...

selamat menyambut ramadan al mubarak mR.sYaH

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator