Dulu masa tengah belambak dengan assignment. Discussion/ bersembang dengan kawan-kawan sampai tengah malam. Berperang dengan perasaan sebab PSM (projek sarjana muda) ada saja yang tak kena. Sempat juga Seri update blog. Sebulan boleh mencecah sampai 20 entri.
Tapi sekarang, bila dah habis belajar (buat tahap ni, sebab proses belajar tak pernah tamat), bila tidur terlebih, bila tak perlu lagi fikir fasal homesick, tak perlu lagi menunggu bas sebab dah ada kenderaan sendiri (pinjam motor adik). Bila dah tak ada lagi kuiz, test, exam, assignment blog macam terbiar. Jarang update. Sebulan nak cecah 10 entri pun susah sangat.
Seminggu lepas Seri memang sibuk sikit nak menghadapi interview GSTS (guru sandaran terlatih siswazah) dan program di sekolah sampai petang. Tapi sebelum seminggu itu, selepas seminggu itu banyak saja masa terluang yang dibuang. Sebenarnya ada juga beberapa perkara yang Seri fikir boleh dijadikan entri. Tapi itu hanya sekadar di fikiran. Harap-harap lepas ni entri dalam blog ni makin bertambah.
Dikesempatan ini Seri ucapkan terima kasih kepada followers, pembaca yang sudi singgah di blog CERITERA SERI. Terima kasih juga atas komen-komen yang ditinggalkan. Seri amat menghargainya.
p/s: Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kawan-kawan.
2 comments:
Salam Seri...
Semoga tak jemu berbloger....selamat menyambut ramadhan
w'salam kak atie
seri minat lagi berbloger. tapi dah macam suam-suam kuku rasanya
terima kasih kak atie. selamat menyambut ramadan al mubarak juga buat kak atie sekeluarga
Post a Comment