Musim piala dunia ramai yang tidur lambat. Kedai makan dan restoran mamak makin meriah. Pak cik yang selalu melepak kat kedai kopi pun rasanya asyik bercerita mengenai world cup sambil main dam. Mak Seri pun selalu bawa balik cerita fasal bola selain mee goreng free yang tak habis kat kedai makan tadi. Politik dapur pun dah makin kurang nampaknya. Perbualan di bilik guru pun makin rancak dengan adanya worldcup. Selamanya asyik isu pendidikan menjadi bualan.
Bukan Seri tak nak bercerita soal kemenangan, kekalahan, ramalan pertandingan macam Paul si sotong kurita atau burung nuri di Singapura, pasukan mana yang jadi pilihan murid-murid kat kelas. Nak jadi set induksi pun macam tak kena. Takut meleret-leret ceritanya sedangkan silibus banyak yang belum disentuh.
Rasanya kalau Seri tak tanya pasukan mana pilihan mereka pun Seri dah tahu jawapannya.
Seri dapat sekali dua pemadam pada hari terakhir mengajar di sekolah mereka. Dalam entry terdahulu Seri ada memberitahu tentang pemergian guru yang Seri gantikan. Seri tak dapat terus berkhidmat di situ lagi. Kekosongan guru yang telah meninggal dunia tidak boleh diambil alih oleh guru sementara/ ganti. Isnin ni Seri mula mengajar di sekolah yang lain. Kali ini sekolah menengah, subjek sejarah dan PJK. Mungkin Seri boleh selitkan cerita worldcup semasa mengajar. Bukankah Belanda dulu pernah menjajah Melaka?
Bosan belajar sejarah? George Santayana pernah berkata ‘Those who cannot remember the past are condemned to repeat it’. Macam mana agaknya nak jadikan subjek sejarah menarik dan tidak membosankan.
p/s: 19 Julai keluar nama untuk interview guru sandaran terlatih.
2 comments:
eh melaka pernah kena jajah dgn belanda??penah ke??rasanya portugis,british dgn jepun jer...alamak kena refresh sjarah smula..
belanda pernah jajah melaka selepas portugis. johor, kedah dan beberapa negeri lain juga pernah dijajah belanda
Post a Comment