Pages

Wednesday, April 21, 2010

KENALI DIRIMU – episod PMS

Salam semua.....


PMS atau sindrom pra-menstruasi berlaku sebelum datang bulan. Pada masa ini emosi terganggu. Seseorang akan cepat marah, sedih. Bila tak dapat kawal diri orang di sekeliling jadi mangsa. Silap sikit mula nak mengamuk. Padahal benda kecil saja. Pada masa ini perubahan hormon berlaku. Tak semua perempuan mengalami PMS. Ada yang masa datang bulan atau tidak emosinya tetap sama.


Setakat ini antara kes perubahan emosi yang paling ketara adalah kawan Seri masa di matrik. Dia seorang yang happy-go-lucky tapi bila PMS dia punya mood susah nak kata. Pada mulanya kami bengang (Seri dan kawan Seri) dengan dia. Yela , orang lain pun datang bulan juga tapi tak sampai melampau-lampau (pada pemikiran kami). Rasa nak pulau pun ada daripada dia mengamuk. Baik tak usah rapat. Buat-buat tak tahu. Tapi biala fikirkan kawan sendiri tak baik buat macam tu. Habis dia PMS boleh pula bergelak ketawa sama-sama.


Seorang lagi yang emosi kurang stabil setakat yang Seri jumpa adik Seri. Bayangkan pertama kali dia datang bulan mood dia tak berapa baik seminggu sebelum datang bulan. Perangai pelik semacam, rasa macam 'bukan adik Seri'. Tertanya-tanya 'apahal adik aku ni'. Lepas seminggu baru Seri tahu puncanya. Mak Seri kata semua ini ujian buat dia dan orang-orang di sekeliling dia. Dan masa ini memang best nak 'sakat' dia. Silap-silap boleh buat dia menangis.


Senggugut (dysmenorrhaea) juga salah satu gejala PMS. Berlaku beberapa hari sebelum datang bulan sehingga hari pertama, kedua, ketiga atau penghujung period. Setiap individu adalah berbeza. Bila senggugut akan rasa sakit bawah abdomen dan pinggang. Ada perempuan yang tak pernah merasa senggugut, ada yang kadang-kadang saja kena, ada juga yang senggugut setiap kali datang bulan. Sakit, tak larat nak bangun dan ada yang sampai muntah (ni kes serius).


Penyelesaiannya ada yang ambil ubat untuk tahan sakit. Ada kawan Seri setiap kali datang bulan kena dapatkan suntikan untuk redakan kesakitan, ambil MC, tak pergi sekolah. Selain ubatan kaedah alternatif iaitu bertungku. Zaman moden mana ada orang bawa tungku ke sekolah/ kolej, kawan Seri pakai seterika gantikan tungku. Menggunakan aplikasi yang sama iaitu pengaliran haba. Ini lagi senang sebab suhu boleh laras. Boleh pilih nak guna seterika berapa kilo. Caranya letak seterika atas perut. Jangan lupa alas dengan kain. Berhati-hati jangan sampai melecur.


Seri tak pernah ambil ubatan atau guna seterika untuk redakan sakit. Tapi tak bermakna Seri tak pernah mengalami senggugut sebab biasanya seri guna minyak angin/ panas. Senggugut yang paling teruk Seri pernah kena masa camping sekolah. Rasa nak balik rumah masa tu juga. Tapi apa boleh buat aktiviti terpaksa diteruskan. Nak berguling je rasa. Sakitnya jangan buat main-main. Kawan Seri ada yang sampai menangis tanggung kesakitan. Kita yang tengok buntu, tak tahu nak buat apa. Hanya suruh dia tidur. Sekurang-kuranyanya bila tidur rasa sakit akan hilang. Tolong setakat yang termampu.



p/s: Ada yang kata senggugut boleh hilang lepas kahwin.

2 comments:

ajim said...

org kate kawen boleh jd ubat kpd byk pnyakit (rahmat)..tp ade gak yg bawa pnyakit (azab)..pape pon,kawen tetap suatu nikmat bg setiap hamba-Nya dan umat...tq Seri for da info..=)

fiziee said...

ic.. ic.. baru tau gejala nie dinamakan PMS. (sambil menganggukkan kepala..)

http://www.facebook.com/pages/Malaysia-TV-and-Radio-FM-Streaming/124443160937102?ref=sgm

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator