Sorry, dah lama tak update blog. Kalau macam ni Seri abaikan kekasih hati mesti dia dah merajuk. Hehe. Ni la jadinya bila 'Lidah terkelu, bibir membisu. Ku kehilangan kata-kata.'
Sebelum exam, niat habis exam Seri nak update blog.
Sebelum PSM aka tesis siap, niat siap PSM Seri nak update blog.
Tapi bila exam dah habis, PSM dah siap (walaupun belum jilid) blog tak update juga.
Sama macam azam Seri setiap kali masuk semester baru. ‘Sem ni aku nak belajar rajin-rajin, nak buat assignment awal, tak nak banyak main macam sem lepas’. Padahal sama saja untuk setiap semester. Total ada 8 sem semuanya. Kesimpulannya, pemilik blog ini dah tak rajin nak update blog. Tak pernah nak rajin pun menulis/ menaip. Bukan Seri tak ada idea. Tapi semua itu hanya berlegar-legar dalam fikiran. Hilang ditelan virus-virus pelupa yang semakin mengganas. Tak masuk dalam long term memory. Walaupun kemudahan internet di depan mata + FREE tapi Seri tak guna dengan sebaiknya untuk uruskan blog. Punya la tak ada mood. Nak kata PMS, benda ni dah datang lebih sebulan. Orang datang bulan pun biasanya seminggu saja.
Sekarang Seri hanya minat blogwalking, running, jumping + blogswimming (bak kata Teri). Dari satu blog ke blog yang lain. Tu pun minat tengok gambar. Sakit mato den baco banyak bonar tulisan kek laptop ni. Berita online pun tak rajin buka, apatah lagi novel online. Rela melabur beli novel untuk dapat kepuasan. Dapat pegang. Diamati setiap perkataan. Dari kecik sampai sekarang dah 52 kg Seri lebih berminat tengok gambar2 dari karangan panjang berjela-jela. Lagi pula otak tengah serabut walaupun exam dah berakhir. Best pula layan gambar2 orang kahwin dalam laman web iklan perkhidmatan jurugambar sambil membayangkan Seri dipeluk dan didukung oleh kekasih halal.
Tak pun usya blog penuh dengan gambar makanan. Contohnya blog Qarl dan blog Xoul. Paling best entri mari berdiet bersama Hamis Jalikha. Memang meleleh air liur tengok. Makanan dihias dengan cantik. Makanan tak sedap pun boleh terliur. Tu belum lagi dengan kualiti gambar yang memang terbaik. Seri teringin juga nak tayang gambar makanan. tapi tersangkut bila fikir hari2 Seri makan menu yang sama. Nasi, tempe dan ayam goreng. Tak kan nak publish gambar yang sama. Hari ini ayam letak sebelah kiri, esok sebelah kanan, lusa letak kat tengah-tengah nasi. Tu je beza.
Nak makan pun kena ukur baju di badan sendiri. Sekali sekala boleh la nak makan sedap. Kalau selalu memang pokai. Bukan tak ada duit tapi lebih baik salurkan duit pada tempat2 yang lagi penting. Sem akhir memang banyak pakai duit. Kalau nafsu makan tak boleh tahan bagaimana dengan nafsu2 yang lain. Ececah. Padahal kadang2 tewas juga. Melantak nasi 4 kali sehari. Tambah nasi Seri jarang buat. Tapi tetap makan dengan bayak sebab kerap <-teori masa buat PSM Seri. Tajuk PSM pun fasal makanan. Entri pun sama juga. Punya la banyak kemahiran Seri belajar kat UTM dengan welding, jahit, bercucuk tanam, rekacipta dll makanan juga yang jadi pilihan.
Tapi sebelum perkhidmatan internet yang percuma ini tamat Seri nak tunaikan hajat upload gambar makanan.
Kek Tiramisu dari secret recipe. Kali pertama makan kek kat secret recipe dan satu-satunya setakat hari ini. Harganya RM 6.80. Sedap juga. Berbaloi kiranya. Suap sikit2 masuk mulut untuk menikmati setiap bahagian kek.
Gambar kedua
Chicken chop cafe K9 UTM. Ini pun kali pertama makan chicken chop. Harga RM6.00. memang kenyang sangat. Macam tak habis tapi dibuang sayang.
Hanya pada umur 23 tahun seri mencuba makanan tersebut. Sesungguhnya, Seri berbangga dengan makanan ruji Malaysia, nasi putih. Lauk pauknya. Kuih tradisionalnya walaupun Seri lebih suka buat kek dari masak kari.
Sekian, penutup tak ada.
p/s: Entry tanpa edit & susunan idea. Hentam kromo.
2 comments:
adoi..time-time lapo cmne r nak letak makanan yer???
terliur den..hehehehe...
sama la. tengah lapar ni. dapat makan cekodok pun sodap
Post a Comment