Perkongsian info makanan
- Terdapat pelbagai jenis sos cili di pasaran seperti sos cili biasa, sos cili manis, sos cili lebih pedas, sos cili berhalia, sos cili bawang putih dll tetapi hanya ada sejenis sos tomato iaitu jenis yang biasa.
- Restoran, gerai-gerai makanan dan restoran makanan segera adalah pengguna sos yang utama.
- Pelayar membawa nanas semasa berlayar untuk mengelakkan penyakit setiawan usus (scurvy) di laut. ~ nanas untuk di makan ~
- 1 kg kacang soya yang matang boleh menghasilkan lebih kurang 2.5 kg tauhu keras atau 5 kg tauhu manis atau 330 gm fucuk.
susu kacang soya, tauhu manis & dadih
- Plaster of paris boleh digunakan sebagai agen pengental untuk menghasilkan tauhu manis.
- Label makanan yang disediakan, dikeluarkan atau dibungkus di Malaysia perlu dicetak dalam Bahasa Malaysia. (bukan untuk dieksport)
- Pada masa dahulu dadih dihasilkan dengan menggunakan susu kerbau sawah. Namun pada masa sekarang penggunakan susu lembu lebih meluas kerana susu kerbau sukar didapati dan mahal harganya.
- Tepung, gula, garam, majerin, minyak masak mengandungi pewarna tiruan
- Bahan utama untuk menghasilkan cincau ialah daun dari jenis tumbuhan Cyclea barbata atau panggilan umumnya jelly grass.
- Nuget ubikayu lebih sedap dari nuget ayam dan bertambah sedap jika menggunaka air tangan Seri.
Nuget ubi kayu
- Tapai yang dihasilkan kawan-kawan 'menjadi' walaupun ada diantara mereka yang datang bulan dan makmal masakan riuh-rendah mengalahkan pasar malam semasa proses membuat.
- Semua info kali ini diambil dari nota Food Processing Technology II.
- Semakin banyak info yang pilih untuk dimuatkan dalam entry kali ini, terasa makin banyak soalan yang Seri jawab adalah salah masa final exam 4 hari lepas.
2 comments:
miza
arghhh, zaki kau dah mencabuli hak aku. kat sini nama aku SERI. hehe
Post a Comment