Pages

Tuesday, March 02, 2010

TAK ADA DUIT KECIL

Salam semua.....


Layan video dari youtube dulu.



Dah habis tengok?

Seri bukan nak cerita fasal pelacur

Bukan fasal hukum haramnya zini seperti yang telah diketahui umum.

Tapi signifikan disebalik video tersebut.


Duit kecil


Lokasi: Johor (lokasi sebenar dirahsiakan)


Tambang kat meter teksi RM 7.50 tapi minta RM 8.00

Seri buat muka tak puas hati. Adik, kalau naik teksi RM 7.50 bagi RM 10 dikira RM 8. kalau nak bayar harga RM 7.50 kena bawa duit cukup-cukup macam naik bas.


Peliknya T.E.K.S.I. satu lagi B.A.S. kan berbeza walau berada dalam kategori yang sama iaitu pengangkutan awam. Sepatutnya pemandu teksi yang kena sediakan duit baki. Kena charge lebih ke untuk baki duit? Mood pagi yang ceria sedikit bertukar. Oh ya, mungkin saja yang tak tahu tradisi tersebut. Maklumlah orang jarang naik teksi biasanya naik bas saja. Yang peliknya, pemandu teksi tu saja yang kata begitu. Dua hari lepas Seri naik teksi juga, sempat tengok kat dashboard dia penuh duit syiling. Tambang RM 7.70 Seri hulur RM 10 dapat je duit baki RM 3.30.


Nak buat style genapkan nombor ke? Tapi kalau tambang RM 7.40 tak adanya dia nak minta RM 7.00. Yang Seri perasan salah sebuah cafe kat sini pun macam tu. Bukan dia minta bayar lebih tapi pembeli yang kena sediakan duit kecil. Leceh la macam ni. Setakat sediakan duit syiling boleh juga. Ni kena spare duit kertas RM 1 dan RM 5 banyak-banyak.


Ok. Nanti kalau Seri nak keluarkan duit dari mesin ATM tekan RM 40 sebagai nilai maksimum setiap kali keluar duit. Sah-sah duit yang keluar duit kertas RM 10 empat helai. Nak keluar RM 200 kena tekan untuk 5 kali pengeluaran. Biar berkepuk-kepur duit dalam wallet.



p/s: Mesin ATM kehabisan duit RM10 pula

2 comments:

ajim said...

owh salah satu video 15malaysia..
tuk gmbarkn situasi yg berlaku di malaysia dan menjadi isu tuk didebat..
dh tgk blum video2 yg lain??

p.s:jgn jadi kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..hehe

Seri said...

baru tgk 2-3 video 15Malaysia

cuma pengalaman dan pendapat peribadi semata-mata

memang betul tak semua pemandu teksi begitu tapi tak salah mempertikaikannya. pengguna boleh menilai sendiri. x berniat nak memburukkan mana2 pihak

btw, seri hanya menulis untuk kepuasan diri

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator