Pages

Wednesday, February 24, 2010

HEMTAM SAJA LABU

Salam semua.....


gambar hiasan

Ingin berkongsi sesuatu di sini. Macam puisi, macam tak. Tak tahu la nak kata. Nak letak juga bila tengok iera letak kat blog dia. Tugasan individu subjek Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Ada bahagian telah di buang memandangkan tugasan yang dihantar 3 muka surat. Panjang pula kalau letak semua.


Berbesar sungguh hati ini

Penggilan guru sentiasa diingati (masa latihan mengajar)

Semoga menjadi satu realiti (nak jadi cikgu)

Buatku dan rakan-rakan nanti

Bila sudah keluar universiti

Sudah bersedia untuk berbakti


Membentuk nilai dari dalam hati

Terpancar sinar di luar sanubari

Terlihat pula pada kelakuan

Segala tingkah menjadi ikutan (role model)


Setiap murid adalah anugerah

Di turunkan Allah di bumi bertuah

Semoga nanti menjadi khalifah

Dapat membantu mereka yang susah

Sebagai guru tak perlu goyah

Membentuk nilai dilihat payah (banyak masalah sosial sekarang)


Guru harus bijak mengatur strategi

Mengaitkan nilai dalam aktiviti

Tahu bagaimana untuk mengintegrasi

Agar murid-murid tahu diri

Bila sudah dewasa nanti

Agar tidak tercari-cari

Identiti diri sendiri


Sungguh senang hati ini

Melihat murid terus berbakti (harapan)

Kepada diri

Kepada bumi

Kepada setiap insani

Ku melihat warna pelangi

Pada setiap diri muridku nanti


Seri, 18 Feb 2010

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator