Pages

Friday, June 05, 2009

NASI PUTIH & AIR JAGUNG

Have a nice day Seri. 01 JUN 2009
Seri tak seceria seperti semalam mahupun kelmarin bukan disebabkan hari ini 'terpaksa bekerja' tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran sehingga menjadi gundah gulana. Risau yang amat sangat. Hari ni keputusan peperiksaan keluar. Internet pula buat hal. Malam tadi OK je. Macam mana nak tengok result ni.

Tiba-tiba si nud mencelah.
Nud: Seri kol dapat 3.**. Tak pun lebih sikit.
Seri: Penipu la ko. Sem ni aku rasa jatuh.
Nud: Kalau betul ko nak bagi apa?
Seri: Ok aku belanja nasi. Nasi putih.
Seri benar-benar tak yakin waktu tu.


Nasi putih


Masa rehat tengah hari. Seri beli nasi bungkus dan air jagung. Punya la kalut sampai nak check result sampai plastik air jagung yang nak disangkut di tingkap terjatuh ke bawah. Hanya mampu tengok plastik air yang pecah dan air membasa hi lantai. Jatuh dari tingkat 3. Bertambah hampa internet masih tak ok. huhu



Air jagung


Masa kerja Crys tawarkan Seri dan kawan-ka wan tengok result guna broadband dia. Kami tak tahu pula dia ada broadband sebab kat sini ada internet free. Walaupun internet ni kejap-kejap ok kejap-kejap k.o. tapi masih 'terkawal'. Dapat juga tengok cerita korea yang panjang menjela di youtuba. Tak pun melayan ym hampir setiap malam.


Memanjat Syukur pada yang ESA. Result kali ni yang paling tinggi sepanjang Seri di sini. Alhamdulillah DIA yang menentukan segala-galanya. Terima kasih kepada famili Seri, kawan-kawan yang menyokong, lecturer dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam hidup Seri. Bukan semua sebjek dapat A tapi berbaloi la usaha dengan subjek yang banyak, siap boleh ponteng, kerja buat last minute. Lepas ni tak boleh buat macam ni. Dua sem seterusnya ada PSM.


Keputusan peperiksaan semester 6 (click gambar untuk besarkan)


Kalau nak tahu pointer Seri kira sendiri. hehe

Teringat kata-kata Kak Ma masa Seri kurang puas hati masa tahu keputusan KPDP.
"Buka buku, tido. Buka buku, tido. Ada hati nak dapat A" Adoi terkena Seri. Sepatutnya Seri bersyukur. Yang lain jangan kecik hati. Kamu semua banyak membantu Seri. GOOD LUCK rakan-rakan untuk sem depan.... =)


p/s: Nud nasi putih kat mana yang sedap. Lauk bayar sendiri.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator