Pages

Saturday, June 06, 2009

LUPA LA PULA

Lupa 1:
Alamak. Kenapa macam pelik je.
Oh tidak, kenapa Seri beli pencuci muka ni patutnya beli bedak. Bedak yang dah habis bukan pencuci muka. Rasanya sebelum bertolak tadi memang dah ingat. Sampai bilik baru perasan silap beli.


Lupa 2:
Hari ni Seri nak makan nasi lemak tapi ter.. order nasi goreng. Seperti biasa kalau order di cafe UTM ni kena tulis. Apasal la Seri tulis nasi goreng padahal nak makan nasi lemak. Memang betul-betul tak ingat Seri tulis apa sehingga ditegur oleh pekerja cafe. Lepas tengok balik kertas order tu macam tak percaya je Seri tulis 'nasi goreng'. Memang Seri yang silap.



Nasi goreng itu


Menurut Atkinson & Shiffrn model (multistore memory model) short term memory yang masuk mudah lupa dan bersifat sementara. Kalau sesiapa yang belajar last minute memang apa yang baca tu akan ingat buat masa terdekat saja. Lepas tu comform lupa balik. Tapi kalau short term memory tu dah transform ke long term memory sesuatu benda atau perkara yang diingat susah untuk dilupakan.


Atkinson & Shiffrn model (multistore memory model)
STM= short term memory



Manusia pelupa

Walaupun manusia adalah makhluk Allah yang dimuliakan di muka bumi ini tetapi ia tidak dapat lari daripada melakukan salah dan silap serta tidak dapat mengelakkan diri daripada lupa. Yang demikian adalah kerana manusia adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak sempurna kerana kekuatan dan kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah S.W.T.


Begitu juga dengan tabiat lupa walaupun tidak menyebabkan dosa tetapi sekiranya kerap berlaku boleh merugikan seseorang semasa hidupnya di dunia ini. Disebabkan manusia melakukan kesalahan, terutama yang menyebabkan ia berdosa maka Allah syariatkan taubat sebagai cara membersihkan diri daripada dosa.


Petikan dari artikel:

http://www.tranungkite.net/lama/c05/khutbah024.htm



p/s: Mungkin juga Seri kurang beri perhatian ketika membeli dan menulis order. Tapi rasanya tak ada pun perkara yang mengganggu fikiran Seri. Kenapa ya?

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator