Pages

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di Malaysia. Hari Ibu adalah berbeza mengikut negara. Di Malaysia Hari Ibu adalah pada hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun.

Betapa jasa dan mengorbanan ibu tidak mampu dibalas. Mungkin setiap hari anda telah mengucapkan kata-kata indah kepada mereka. Tetapi pada hari ini berilah sesuatu yang lebih istimewa. Cik Seri tidak bermaksudkan hadiah yang mahal. Peranan Ibu dalam instituisi kekeluargaan amat besar. Seorang ibu mampu memainkan peranan seorang ayah. Tetapi agak sukar bagi seorang ayah memainkan peranan seorang ibu.

Tetapi amat menyedihkan apabila baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden dua ibu hamil yang terkorban setelah menjadi mangsa jenayah ragut ketika menunggang motosikal. Pada 5 Mei, Jamilah Selamat, 31, yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma dua hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Batu Pahat, Johor. Sehari selepas itu, Saripah Mohd. Noor, 34, yang hamil empat bulan meninggal dunia apabila dirempuh kereta setelah diragut ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan.

Betapa jenayah ini amat serius. Tidakkan mereka fikir sekiranya hal yang sama terjadi pada ibu, isteri, kakak, atau orang yang mereka sayangi. Atau rasa kasih itu tenggelam oleh nafsu dunia yang semata-mata yang berteraskan wang. Semoga peragut ini menerima hukuman yang setimpal.


sumber:
Utusan Malaysia 9 Mei 2009



p/s: Selamat Hari Ibu Mak. Along sayang mak.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator