Pages

Saturday, May 23, 2009

MARI MEMBACA ADIK-ADIK

Mak: Along makcik Mairan nak minta kau tolong ajarkan anaknya Fitri membaca. Tahun ni dia ambil UPSR. Cikgu sekolah main biar je budak-budak macam ni. Kesian mak tengok.

(adoi, maknanya anak mak ni termasuk ke dalam kategori bakal-bakal cikgu macam tu) Jangan disebabkan nila setitik tumpah susu sebelanga. Maklumlah semangat tengah membara.

Mak: Kau bukan buat apa-apa pun cuti ni. Sebulan lagi nak gi mengajar (latihan mengajar) Tak baik menghampakan orang selagi kita mampu untuk membantu.


Hari pertama.... kelas
Seri: Cuba Fitri baca ni (buku telah tersedia dihadapannya)
Macam ujian diagnostik nak tahu tahap kefasihan dia. Baru boleh pilih bacaan yang sesuai untuk dia. Hari pertama dia hanya mampu menghabiskan 3 perenggan dalam masa 1 jam. Masa tu Seri guna buku teks Bahasa Melayu tahun 5.

Fitri ni bukan tak tahu membaca langsung. Kenal huruf. Setakat dua suku kata memang lepas. Tapi bila tiba tiga suku kata dan yang susah sikat nak bunyikan dia kurang sikit. Contohnya: menyampaikan

Yang bagusnya Fitri ni boleh terus membaca 1 jam. Dari satu ayat ke satu ayat. Berhenti rehat pun masa azan Isyak. Tak pula buat hal. Yang adik Seri pula setiap malam ternanti-nanti kehadirannya. Opsss.... bukan Fitri, tapi Izzati kawan baiknya dan juga merupakan adik Fitri. Sebelum sekolah tadika lagi mereka memang dah rapat.

Berbalik kepada Fitri.
Seri mencari-cari buku yang sesuai untuk belajar memantapkan tahap bacaan dia. Macam tak sesuai je guna buku teks tu. Memang perlukan kesabaran mengajar budak-budak ni. Kalau mengajar sekolah menengah memang kena sabar juga tapi lain sikit. Mengeja dah betul tapi sebut perkataan lain. Ada juga mengeja salah tapi sebut betul. Pelik juga. Seri ada bertanyakan pada kawan (dahulu) yang belajar di IPGM. Lupa pula jawapannya apa. Walaupun dia bukan ambil preschool tapi sekurang-kurangnya lebih memahami daripada Seri yang lebih menjurus kepada murid sekolah menengah.

Seri suruh Fitri mengeja dulu baru sebut. Dia memang tak boleh sebut perkataan kalau tak mengeja dulu. Lepas dan habis 5-6 ayat Seri minta dia ulang semula. Dia tetap kena mengeja dulu, tapi untuk kali kedua ada peningkatan. Betapa sabarnya cikgu-cikgu tadika dan sekolah rendah, mengajar membaca, mengira. Tanpa mereka mana mungkin Seri dapat menulis tesis semester depan. Belajar statistik masa matrikulasi.

Setahun berlalu, Fitri sekarang sudah masuk sekolah menengah.
Jangan pandang rendah pada kemampuan Fitri. Dalam buku Tak ke tak nak tulisan Dr. HM Tuan ada menyelitkan kisah seorang murid yang lambat boleh membaca namun pada akhirnya menjadi seorang pengurus bank. Lebih berjaya dari kawan-kawannya yang boleh membaca lebih awal seusia dengannya.


p/s: Tahun ni adik Seri dan Izzati, adik Fitri pula menghadapi UPSR. Semoga berjaya.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator