Pages

Tuesday, May 19, 2009

KANAK-KANAK YANG SIHAT

Aku tak makan sayur.

Pasti anda pernah mendengar kata-kata ini.


Mak tak makan sayur.

Ayah tak makan sayur.


Menyuruh anak makan sayur tetapi diri sendiri tidak mampu menelan sayur.

Opss! Mungkin anda salah seorang daripada mereka yang tidak makan sayur.



PEMAKANAN SEIMBANG KANAK-KANAK


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bimbinglah kanak-kanak soal pemakanan mereka.

Tidak perlu menyekat tetapi mengawal.

Nanti jakun pula budak tu tak pernah jumpa jajan.

Kesihan mereka tidak berpeluang menikmati makanan ringan.

Anda masih boleh membawa mereka ke restoran makanan segera.

Menikmati aiskrim, coklat dan snek.

Tetapi awasi kuantiti dan jenis snek yang mereka makan.




Makanan ringan yang digalakkan



Makanan ringan yang tidak digalakkan


Anda cukup kenal dengan piramid makanan, jenis makanan dalam setiap kelas, nutriennya, fungsinya. Pemakanan kanak-kanak juga masih berteraskan piramid makanan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya memasak di rumah kerana dapat mengawal kuantiti garam, gula dan mengelakkan penambahan perasa dalam makanan selain lebih bersih dan segar.



Contoh menu seharian untuk kanak-kanak 1-3 tahun


Contoh menu seharian untuk kanak-kanak 4-6 tahun

Panduan penyediaan makanan kanak-kanak:

Hidangkan makanan yang beranika tekstur, rasa dan warna. Yang paling penting menarik.

Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk.

Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan.




* jangan gantikan pengambilan ayam dan daging dengan nuget, daging burger.

Lebih ¾ daripada bahan yang digunakan untuk membuat nuget dan daging burger adalah kulit dan daging yang tersisa pada tulang. (hampas) Adalah lebih baik anda menggantikan daging burger yang telah siap dijual di pasar raya dengan daging hancur.



p/s: Cik Seri bukan pakar pemakanan, bukan doktor, bukan nurse, belum berkahwin dan sudah tentu belum punya anak. Cuma prihatin soal pemakanan kanak-kanak. Kalau dah besar tu masing-masing boleh fikir sendiri.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator