Monday, October 05, 2009
POSTING GURU DIBEKUKAN SELAMA 2 TAHUN
Tarik nafas dulu.
Kemudian klik di sini untuk maklumat lanjut.
Semester ini hampir sampai ke penghujungnya. Tinggal 1 semester lagi sebelum menamatkan pengajian. posting merupakan topik yang sering menjadi perbualan Seri dan kawan-kawan.
Seri memang sedia maklum sebelum mendaftarkan diri ke UTM bahawa tiada jaminan kami (pelajar fakulti pendidikan) akan mendapat penempatan setelah habis belajar. Hal ini terkecuali bagi pelajar tajaan KPM. Tapi tak sangka pula sampai dibekukan pengambilan guru.
Pasti ada kecewa dengan kenyataan ini. Jangan patah semangat. Tiada penempatan tak bermakna tiada pekerjaan buat kita. Semua rezeki datangnya dari Allah sebagai hamba kita perlu berusaha. Tak perlu tunggu dua tahun lagi baru nak bayar PTPTN tu.
Pengambilan guru tiada. Bina insan guru kena postpone juga ke? Sila ajukan soalan tu di pejabat fakulti pendidikan.
Sekian, terima kasih.
p/s: Tiba-tiba rasa sebak nak siapkan psm/ tesis bila nampak perkataan SEKOLAH, PELAJAR...
Sunday, November 28, 2010
SERI KEMBALI
Selamat berhujung minggu.
Maaf, blog berhabuk minggu ni. Ada ke yang terbersin-bersin singgah kat sini? Tak sempat nak pesan.
Sebenarnya Seri menjalani orientasi guru. 21hb Seri dah turun Seremban sebab taklimatnya pada hari Isnin pagi. Selepas penyerahan penempatan Seri terus ke sekolah dan tinggal di sana sehingga hari Jumaat. Mujur sekolah ada asrama dapat juga menumpang. Seri cuma bawa pakaian untuk 2-3 hari. Lepas mandi terus basuh baju (err, perlu ke cerita....) sebab baju tak cukup. Baju kurung 2 pasang nak pakai 5 hari. Laptop tinggal kat rumah. Itulah puncanya kenapa blog bersawang.
Bukan setakat murid tingkatan 1 atau yang baru nak masuk asrama sahaja yang ada orientasi. Cikgu baru pun kena orientasi dulu sebelum menerima tanggungjawab dan memulakan tugas. Lain negeri, lain sekolah, lain cara orientasinya tetapi matlamat pada akhirnya tetap sama.
Tak ada apa pun yang menarik tentang orientasi. Sekolah sunyi je. Budak-budak dah bercuti yang ada hanya murid yang ambil SPM dan STPM. Yang seronoknya Seri dapat tambah kawan. Bukan setakat kenal cikgu baru yang 1 sekolah dengan Seri tapi dengan cikgu baru sekolah sebelah, dah sekolah sebelah lagi. Pentadbir sekolah, staf sokongan, cikgu senior semuanya baik-baik belaka. PPD (pejabat pelajaran daerah) siap turun padang menanyakan masalah kami guru-guru baru dan beri motivasi.
Seri nak orientasi cepat habis untuk fasa pertama 22-26 November sebab tak tahan.
sekadar gambar hiasan
Pipi bengkak
Gigi bongsu nak tumbuh. 2 tahun lepas gigi bongsu tumbuh kat tempat yang sama tapi keluar separuh saja. Kali ini nak keluar yang separuh lagi agaknya.
Yang merisaukan jika gigi bongsu tumbuh tak normal.
Depan orang tahan sakit, pura-pura ok seperti tak ada apa-apa. Masuk tandas terus menangis sebab tak tahan punyalah sakit.
Sakit membuatkan kita lebih beringat. Sakit bukti kasih sayang Allah supaya kita tidak terleka dan sebagai kaffarah penghapus dosa.
Firman Allah :
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”



