Pages

Thursday, December 22, 2011

SIAPA JODOHKU?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,.....




Jodoh itu ketentuan Ilahi. Telah terlulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Namun sebagai manusia kita tidak boleh hanya berserah kepada takdir. Kerana hidup perlu usaha bukan untuk berserah.


Dulu Seri sering tertanya-tanya “Siapa bakal suamiku?, Dimanakah dia sekarang? Adakah kami sudah bertemu?”


Lepas masuk dunia pekerjaan, Seri selalu minta Mak doakan jodoh Seri. Hampir setiap minggu. Seri percaya doa ibu lebih makbul.


Seri juga selalu berdoa supaya Allah permudahkan urusan jodoh setiap kali lepas solat.

“,.......Ya Allah, permudahkanlah urusan jodohku. Peliharakanlah akhlak dan maruah bakal suamiku,...”


Boleh juga kalau nak tambah,... “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri/ suami sera keturunan sebagai penenang hati dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah Furqan: 74)


Tak perlu diumpat mereka yang sudah lewat usia namun belum ketemu jodohnya. Allah lebih tahu apa yang lebih baik buat mereka. Berikan mereka semangat untuk tidak berputus asa soal jodoh bukannya memberi tekanan kerana berkahwin itu sunnah Rasulullah.


Banyak pula undangan perkahwinan musim cuti sekolah ni. Makin bertambah kawan-kawan Seri yang telah menamatkan zaman bujang mereka. Selamat berbahagia dalam rahmat Allah.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rum: 21)

3 comments:

Nazz@Purple said...

jodoh ketentuan Allah..kt perlu bersabar dan doa..

fatim M said...

moga bertemu dgn jodoh yg baik...utk dunia + akhirat...

Faza said...

amin... moga bertemu dgn n.jodoh g baik :)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator