Pages

Sunday, February 20, 2011

TERUK SANGAT KE?

Salam semua.....


sekadar gambar hiasan


Dah seminggu Seri menyepi. Bukan dah tak minat nak blogging cuma sibuk sikit dengan kerja. Sibuknya sampai tahap mata dah kuyu tapi mulut masih sebut kerja yang tak siap, nak makan pun rasa tak sempat, hampir terlupa banyak perkara. Tapi itu buktinya Seri ada kerja, tanda orang percayakan kita. Jadinya sebelum sempat menyumpah dalam hati baik Seri tepis jauh-jauh.


Bila siap satu persatu kerja rasa senang hati pula. Puas, satu perkataan yang sesuai yang mengambarkan perasaan Seri. Bila orang ucap terima kasih tu terasa macam baru lepas minum 100 plus. Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh buat kita lebih bersemangat. Tapi kita perlu ingat walaupun kita rasa dah buat yang terbaik tapi bukan semua orang akan suka. Bukan semua orang berfikiran sama seperti kita.


Siapalah yang bangang sangat buat buku program ni. Baik letak selawat.

Tersentap sekejap.


Satu muka untuk cover.

Satu muka untuk aturcara majlis dan objektif program

Satu muka jawatankuasa kerja

Satu muka kosong Seri letak lirik lagu YA RASULULLAH nyanyian kumpulan Raihan


Sebelum buat Seri dah rujuk cikgu yang buat kertas kerja, dia suruh letak kata-kata hikmah. Seri cuba akses internet tapi tak ada yang sesuai. Tu yang Seri letak lirik lagu untuk menunjukkan rasa cinta dan rindu terhadap Rasulullah. Memang pada mulanya Seri terlintas nak letak selawat tapi bila tengok dalam senarai jawatankuasa ada cikgu yang dipertanggungjawab sediakan teks selawat tu yang tak letak. Nanti bertindih pula.


Memang hak orang nak mengata tapi janganlah dikhalayak ramai. Dulu Seri memang kagum dengan mereka yang outspoken. Mereka benar-benar seorang yang berani. Seri bukan seperti itu. Seri pengecut. Tapi lebih kejadiah tu Seri nampaknya telah membuka mata Seri.


Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kerana pulut santan binasa. Jangan kerana mulut badan binasa.



p/s: Teringat dulu Seri kena cili sebab sebut perkataan tak elok. Mak memang pantang anak-anak cakap tak tentu hala.

9 comments:

fatim M said...

biasala...mulut org,kejenya komen jer...yg penting kita buat keje kita..

Lan Bingka said...

takde la teruk sangat letak lirik lagu tu, ok je..

MR. SYAH said...

betul tu..
org skang suka komplen je lebih.. bila suruh buat xnak.. berani bersuara biarlah bertempat..

Seri said...

fatim M->
komen membina tak pe

Lan Bingka->
mungkin kurang sesuai agaknya

mR.sYaH->
betul tu. kalau cakap semua orang boleh

Jiraiya said...

kerana santan bibir bergetar ; kerana Santana gitar bergegar...* Apo ntah nie..x do kono mengono langsung..

Seri said...

Jiraiya->
haha

Adlan said...

hurmm..biaselah semua org suke mengkritik..rase diri lagi betol dari org lain..pape pon, anda bersabar dan buat yg terbaik!^^

F. said...

biase laa seri.. bler kiter dh keje mmg byk dugaan n stress..

sometimes bcoz of our environment..

n 1 more thing mulut org mmg x leh nk ttp.. so b strong n think positive darling :)

Unknown said...

perlu ke nk kutuk mcm tu? ckp baik2 sdh la. xpe sis, bnykkn bsabar ekk? :)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator