Pages

Wednesday, November 17, 2010

KE SEKOLAH 'BARU' MINGGU DEPAN

Salam semua.....

Selamat Hari Raya Korban.



Punya gelojoh buka sampul surat sampai terkoyak isinya.



Alhamdulillah. Yang ditunggu telah kunjung tiba. Seri tak risau dapat mana tapi yang meresahkan jika nama tercicir. Puas juga nak panjat 'Putrajaya' nanti. Jumpa orang sana, jumpa orang sini.


Tada.......



15hb keputusan keluar. 16hb surat sampai.


Seri dapat posting di Negeri Sembilan. Negeri kelahiran Seri. Dah bermastautin di sini sejak umur 11 tahun. Walaupun tak dapat negeri yang dihajati Seri bersyukur sangat-sangat.


Pilihan pertama: Johor

Pilihan kedua: Perlis


Hajat di hati nak merantau. Merasa jadi anak dagang. Tapi manusia hanya mampu merancang Allah yang menuntukan.


Adik bongsu Seri kata:

“Along, tak advantute tau. Punyalah banyak tempat kenapa kat sini juga dia nak hantar.”


Mak balas:

“Patutnya bersyukur. Orang lain ramai yang menganggur”


Hehe, kan dah terkena.


Reaksi Seri: Biasa-biasa saja. Mulanya excited nak tahu dapat mana. Dah tahu tak rasa apa.


Apa yang boleh Seri simpulkan mengenai posting guru.................


Dulu-dulu

Trend dulu-dulu, hantar guru baru jauh dari negeri asal.

Ada juga yang kahwin masa belajar elak posting jauh.


Sekarang dah lain.

Trend sekarang, hantar guru balik ke negeri asal kecuali orang pantai timur. Kekosongan di pantai timur amat kurang, boleh dikatan tiada kekosongan.

Peluang di hantar ke seberang laut sama rata. suka-suka (^_^). Jadi, tak ada lagi alasan menggunakan status 'berkahwin' untuk mengelak. Iya lah masa interview semua kata sanggup. (Terasa jahat pula Seri ni)


Sebagai renungan,...


Seri ambil dari FB seorang rakan.



Tinggal 2 hari saja lagi Seri berkhidmat di SMK Dato Mohd Taha sebagai guru ganti. 22 Nov status guru Seri akan bertukar. Itu yang Seri impikan walaupun guru bukanlah cita-cita semasa zaman bersekolah dulu. Minat boleh dipupuk. Kini Seri dah jatuh cinta dalam bidang keguruan. Akan ku buktikan cintaku itu.

Syukur Alhamdulillah.



p/s: Ayuh kita bangunkan anak bangsa.

10 comments:

mR.sYaH said...

selamat hari raya seri..

semoga dapat menjalankan tugas dgn baik k..

FaizalSulaiman said...

wahh da posting..semoga jadik cikgu yg cemerlang, seri!

Seri said...

mR.sYaH->
Selamat Hari Raya Aidiladha
Insya-Allah

FaizalSulaiman->
amin

E.d.Y said...

selamat hari raya AIDILADHA...:)

semoga menjadi guru yg terbilang

imanshah said...

tahniah..welcome to the field

hamzah ian said...

tahniah cikgu

Pencacai Alim said...

slamat2 cikgu..slmat hr raya juga

Seri said...

E.d.Y->
selamat hari raya Aidiladha. rasanya masih belum terlambat. hari ni takbir raya lagi

imanshah->
tq, cikgu senior

hamzah ian->
tq

Pencacai Alim->
selamat hari raya korban

She is f.A.z.A said...

wahhh
best nyer dpt tempat sendri..
okey laa tu seri...
dr transfer ke sabah or sarawak sgt laa byk dugaan..

nway congrate yer cikgu seri..
wish u best of luck :)

Seri said...

tq Faza

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator