Pages

Thursday, September 02, 2010

BISKUT RAYA PART II

Salam semua…..



Masih dalam mood membuat biskut raya. Nak balas dendam tahun lepas tak dapat buat gara-gara balik rumah 3 hari sebelum raya.


Kalau tengok biskut raya moden yang dijual nampak cantik dengan pelbagai bentuk, warna dan hiasan di atasnya tapi sebenarnya menggunakan adunan yang sama. Hasilnya, walaupun nampak lain tapi rasanya tetap sama.


Tapi kalau biskut raya yang guna bahan dan kaedah berlainan rasanya pasti tak sama. Diibaratkan kalau biskut tat nanas terasa jem nanasnya, biskut almond London terasa coklat dan badamnya, biskut cornflakes madu terasa kerangupan cornflakes dan madunya.


Secara asasnya terdapat 3 kaedah membuat biskut dan kek iaitu kaedah gaul dan ramas, kaedah putar dan kaedah enjut.


(1) Kaedah gaul dan ramas adunannya lebih pejal sebab kurang menggunakan air. Contohnya tat nanas, biskut semperit, biskut makmur dll.


(2) Kaedah putar biskutnya lebih rangup. Contohnya: biskut cornflakes rangup dll. Manakala kek yang menggunakan kaedah ini lebih lemak dan lembap seperti kek pelangi.


(3) Kaedah enjut. Contoh yang paling mudah kuih bahulu. Telur dan gula dipukul sehingga kembang dan gebu. Maka terhasillah rongga udara.


* Saja recall apa yang Seri dah belajar dulu. Tapi sebenarnya tak tahu semua ni pun biskut tetap menjadi kalau betul resepi dan proses membuatnya.


Kali ini Seri nak tunjukkan biskut yang menggunakan kaedah putar. Betapa rapuhnya biskut ni. Masuk dalam mulut terus cair. Nak pegang pun cepat hancur. Tak boleh ganas-ganas masa nak susun biskut letak dalam tuperware.



Adunan yang telah siap. Dah separuh jalan buat biskut baru teringat nak capture. Adunan asal penuh 1 mangkuk ni.


Longgokkan adunan seperti gambar di atas


Canai doh setebal 3mm. (kalau ikut dalam buku) Tapi agak-agak je. Janji tak terlalu tebal atau nipis.


Terapkan biskut menggunakan penerap. Mulanya Seri pilih penerap bentuk rama-rama tapi disebabkan adunan lembut habis sayap rama-ramanya patah masa nak angkat letak dalam dulang pembakar.


Angkat biskut dan susun atas dulang pembakar.


Hias biskut mengikut kreativiti. Biskut pun nak cantik juga. Biskut sedia untuk dibakar.


Biskut yang telah siap. Boleh simpan dalam tuperware menunggu hari lebaran


p/s: Rupanya dah macam maskot ‘mari membaca’

6 comments:

FaizalSulaiman said...

wah..
kuih love love tu sgt comel ye.
mintak setelap!

JAY said...

wohhh... sedapnye biskut raye.. nyum2~

ajim said...

haha..mnarik2.kat umah aku,kalu wat skarng mmg tnggal serdak la raya nnt.rmai sgt askar yg rakus..

Seri said...

FaizalSulaiman->
ambillah sendiri. tak luak pun

JAY->
bulan puasa semua nampak sedap kan,kan

ajim->
askar tu termasuk ko kan ajim

zamfadliez said...

nak tempah...~!!!!
hehehe

Seri said...

sorry, kami tak terima tempahan

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator