Pages

Saturday, March 13, 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME

Salam semua.....

kek tahun lepas


Seri tak pernah lupa tarikh 6 Mac pada setiap tahun. Hari mengingati pengorbanan ibu bapa yang telah bersusah payah untuk Seri, terutamanya mak yang menanggung kesakitan melahirkan Seri. Tak lupa kepada semua yang berada disamping Seri dari saat Seri lahir sehingga sekarang. Mana ada manusia boleh hidup sendirian.


Kebiasaannya pada hari lahir Seri akan buat sesuatu yang Seri jarang lakukan pada hari biasa. Keluar jalan-jalan, beli sesuatu untuk diri sendiri, makan makanan yang sedap-sedap, pakai baju cantik-cantik lain dari biasa. Tapi dah seminggu birthday berlalu Seri masih belum sempat buat semua tu. Bulan ni sibuk sangat. PSM oh PSM. Mungkin ini dinamakan pengorbanan. Seri sedikit terkilan sebab tak dapat pergi Malam Pragraduan yang tarikhnya jatuh pada hari lahir Seri. Baju dan kasut untuk majlis tu dah ada. Tiada rezeki nampaknya.


Namun, Seri masih boleh bergembira bila dapat telefon mak menggunakan call free maxis 3 kali pada 6 Mac. Cakap sampai tahap tepu bila mak dah tanya.

Kakak nak cakap apa lagi?

Kakak tak nak telefon kawan-kawan ke?


Seronoknya, Seri dapat berbual dengan Si Selipar Merah sampai bateri phone flat walaupun esok jumpa dia juga.


Terharunya, Seri terima ucapan hari lahir dari kawan-kawan masih mengingati birhday Seri. Terima kasih kawan-kawan. Berguna juga facebook, skype, friendster siap ada reminder birthday. Banyak juga kenangan sewaktu hari lahir Seri dari dulu hingga sekarang


Entri ni bersifat peribadi. Kawan dah tegur blog asyik cerita fasal diri sendiri. Nama pun blog Seri. Orang lain tak boleh masuk campur. Tapi Seri terima teguran dengan hati terbuka. Seri sangat gembira bila dia minta tolong Seri ajarkan buat blog. Satu petanda yang baik. Apa kata mereka yang selama ni hanya jadi pembaca dan pengkritik pakat-pakat buat blog. Kami nak juga baca tulisan mereka ni. Selalu sangat menerima bila pula ingin memberi.



p/s: Terima kasih kepada semua follower dan pembaca blog Seri walaupun blog ni dah macam catatan usang tahap arkib.

4 comments:

kerol said...

hepi belated befday seri..smoga panjung umur dan murah rezeki..:D

HafizChan said...

happy belated bday!

zamfadliez said...

salam ukhwah...
wlaupun lmbat,nk wish jugak la..selamat hari lahir...
ala,suka ati la nk post pasal pe pun,its ur blog right:)??hahha...
adiooss...~!

Seri said...

terima kasih kerul, hafiz chan & zamfadliez...

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator