Jumaat lalu anak ayam yang dijanjikan selamat tiba ke ladang JPTK setelah sejam kami menunggu. Segala peralatan dan kelengkapan telah disediakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anak ayam. Anak ayam ini baru berusia sehari dari jenis ayam daging.
Kami ditugaskan menjaga anak-anak ayam tersebut sehingga mencapai tempoh matang iaitu 45 hari. Selepas 45 hari ayam-ayam itu akan dijual. Ayam yang kami jaga ini tidak disuntik seperti kelaziman dilakukan di pusat-pusat penternakan ayam.
Setiap hari ayam-ayam ni perlu diberi makan, minum dan membersihkan reban.
Sebelum usia 14 hari penjagaan yang maksimum perlu diberikan. Anak ayam masih belum kuat dan masih dalam proses membiasakan diri.
Anak ayam dalam rumah baru. (reban dah lama)
Penjagaan anak ayam:
- Jangan isi makanan terlalu banyak dalam bekas makanan pada waktu tengah hari kerana anak-anak ayam cenderung untuk makan walaupun tidak lapar. Kesannaya anak ayam akan tercekik.
- Jangan meninggikan suara atau menjerit. Anak ayam akan terkejut.
- Jangan mandikan anak ayam. Anak ayam tewas dengan kelembapan dan cuaca sejuk.
- Jangan dedahkan anak ayam pada angin.
- Jangan pakai jam/emas (barang yang berkilat)
- Asingkan anak ayam/ ayam yang sakit (takai)
- Letakkan mentol dalam reban bagi meninggikan suhu dan sebagai induk palsu.
Pantang larang (penjagaan) ini bagi meminimumkan bilangan ayam yang mati dan bagi mendapatkan ayam yang sihat dan gemuk (sebab ini ayam daging)
Kasihannya....... berpisah dengan ibunya.
Untungnya........ mendapat layanan yang lebih berbanding pusat penternakan ayam.
Menjaga dan menjual ayam merupakan satu daripada beberapa tugasan bagi subjek Principle of Livestock Product yang kami ambil pada semester ini.
p/s: Ramai betul yang excited masa anak ayam sampai. Diusap-usap badan anak ayam tu macam kucing. Kalaulah kami perlu menjaga kambing bagi menggantikan ayam pasti ada yang peluk kambing.
Kami sememangnya bakal guru-guru yang penyayang......hehe
0 comments:
Post a Comment