Pages

Saturday, July 18, 2009

WIRA DI HATI KAMI

Masa sekolah dulu cikgu tanya:
cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Seri: Ayah saya askar.

Masa di UTM kawan (palapes) Seri tanya:
Kawan (palapes): Ayah kau askar apa?
Seri: Askar la. Tentera darat
Kawan (palapes): Askar banyak bahagian.
Seri: RAMD
Kawan (palapes): Tempur la tu
Seri: Apa tu..... ????

Bagi meleraikan kekusutan di kepala Seri cari info mengenai askar/ tentera.
Seri tak terfikir nak bertanya lanjut mengenai kerjaya ayah Seri suatu ketika dulu (sekarang ayah dah pencen)
Yang Seri tahu sebelum ayah pencen dia berkhidmat di 8 RAMD, Kem di Kuala Lipis, Pahang dengan pangkat Staf Sarjan.


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
  • Bermula 1 Mac 1933
  • Terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara.

Fungsi ATM
  • Mempertahan kedaulatan dan kepentingan strategik dari semua bentuk ancaman.
  • Membantu pihak berkuatan awam, bantuan bencana alam dan membantu dalam pembangunan negara.
  • Penglibatan dalam arena antara bangsa melalui PBB.

Tentera Darat Malaysia (TDM):

  • Terdapat 16 kor dan rejimen.
  • Tugas kor dan rejimen dibahagi kepada 3 kelompok utama iaitu kelompok tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan.










Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM):








Pakaian seragam tentera:
  • No. 1 - Istiadat
  • No. 2 - Bush Jacket
  • No. 3 - Pakaian Kerja
  • No. 4 - Pakaian Kawat (A& B)
  • No. 5 - Pakaian Celoreng
  • No. 6 - Mess kitt
  • No. 7 - Baju Kebangsaan
  • No. 8 - Pakaian Khidmat
  • No. 9 - Pakaian Simpanan
  • No. 10 - PT Kit (Pakaian Sukan Tentera)


Minggu lepas Seri balik rumah. Kalaulah Seri dah terfikir nak post entri mengenai askar ni mesti gambar ayah Seri ada dalam entri kali ini.

Di rumah minggu lalu:
Ayah: Nanti cuba-cuba tengok mengenai kerja askar kat internet.
Seri: Angah (adik Seri) nak jadi askar ke?

Adakah ayah ingin angah meneruskan tugas 'mempertahankan negara' dalam keluarga kami memandangkan angah saja anak lelakinya. Emak pula pasti tidak akan setuju sekiranya anak perempuannya menjadi askar.

sumber:

http://maf.mod.gov.my/eng/index.html



p/s: Ayah wira di hati emak. Pasti juga di hati Seri dan adik-adik.

10 comments:

Firol said...

Info baguslah..baru aku tau armarhum atuk aku pasukan tempur rupenya......hooooo

Seri said...

Seri pun baru tahu ayah pasukan tempur. masa kawan cakap tu masih terpinga-pinga

RAWNA said...

abah saya pasukan bantuan bantuan perkhidmatan..baru tau..haha
abah pon pencen masa pangkat staf sarjan.dulu pernah dia suruh saya mintak masuk MTD la, pastu ATMA la, tapi tolak awal2..nasib baik dia tak kesah sangat..huhu

kudabesi said...

thanx miza, da lama cari pasal kod baju askar tp tak jumpa-jumpa

yg tau cuma pasal baju no 1..baju istiadat

RAMD & REJ RENJER DIRAJA tergolong dalam kumpulan askar ifantri..ifantri maksud dia foot soldier..tp skang da ada briged mekanis maknanya dorg da ada bantuan tempur dari kereta perisai..

RAD lak merupakan rejimen armor diraja..armor ni tentera keta kebal..main tank dorg skang PT91M

RAD yg ada gambar roket besilang tu artileri diraja..tentera yg guna meriam..the real gunners hehe

ayah sy lak x PPT= pasukan teritorial army..sblum wujud wataniah dia wujud PPT dlu..biasa la zaman komunis ngan konfrontasi

skian lecture ari nih haha..

BELIA WAJA WATAN said...

Meh ... pakat joint wataniah ... jaga tanah air kita ...

Anonymous said...

T. Kasih di atas info. Boleh melengkapkan research saya. TQVM

Unknown said...

BETULKAN SEMULA... PASUKAN TEMPUR TU RAMD, RRD DAN KAD BUKAN RAD...

halihan-malaysian said...

Banyak cabang ATM ni...pening

SQUARE WISMA TRANSIT said...

Salam.... kami pembuat pakaian seragam tentera dll.... whatsapp/call 013 2071229

Unknown said...

Please update info sir

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator