Pages

Sunday, July 12, 2009

AKU INGIN LEBIH TINGGI PADAMU


"Ainin (adik Seri berumur 12 tahun) dah semakin tinggi. Err... kita dah sama tinggi" Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Seri. "Tu la, masa kecik tak mahu minum susu" sapa emak yang tiba-tiba muncul. ”Susu tak sedap, kenapa mak tak beli susu perisa vanila ke, stawberi ke....." ujar Seri. "Banyak songeh, antara tiga orang anak mak, ada sorang tu saja yang tak suka minum susu. Botol kecik pun tak boleh nak habiskan" (lepas cerai susu badan kena minum susu tepung, bagi peluang kat adik pula)

"Ainin dah makin kurus sekarang, diet ke?" Seri cuba mengalihkan topik perbualan. Apa lagi, senyuman Ainin makin melebar. Ceh......



Sayangi tulang anda, khususnya kaum wanita:

- Produk tenusu merupakan sumber utama kalsium terutama susu yang penting untuk kesihatan tulang.

- Kalsium dalam tulang tidak akan kekal sentiasa dalam tulang. Oleh itu, pengambilan produk tenusu harus diteruskan dalam diet seharian.

- Hasil kajian bersama UPM dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

- Pengambilan jumlah kalsium yang tidak mencukupi merupakan sebab utama berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

- Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

- Pengambilan 2 gelas susu mampu memenuhi keperluan kalsium yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 1000mg kalsium sehari.


* Tumbesaran ketinggian tiada kaitan dengan pembinaan tulang.



Seri merenung susu tepung dalam bekas kedap udara lutsinar. Masih teringat pesanan emak. "Jangan bawa balik susu tu pulak kat rumah" Baik mak...

Milo pun tak berapa masuk, ini pula susu. Tapi janji tetap janji. Lagi pun tarikh luput susu tu lambat lagi. Hehe


p/s: Minum susu untuk kesihatan tulang. Mana boleh tinggi pun.

2 comments:

kudabesi said...

tak leh tinggi ek kalau minum susu..

salah ajar la dak2 4C haha..kate kat dorang kalau minum susu leh jadi tinggi cam cikgu

Seri said...

mesti lepas tu budak2 tu nak minum susu hari2. kononnya nak tinggi macam cikgu.

kekurangan nutrien bagi kanak2 boleh merencatkan tumbesaran

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator