Pages

Friday, May 01, 2009

FRANCHISING

Semua penipu. Mana ada orang senang-senang nak bagi duit. Katanya ingin tolong. Dah kaya sangat ke orang tu?

Tu la tamak sangat. Nak jadi bos, kerja malas, duit nak. Percayakan sistem piramid yang terang-terang merugikan dan entah apa macam skim yang sewaktu dengannya.


Baik jual burger je.

Burger bukan sebarang burger ini Otai Burger (salah satu contoh peniagaan francais)

Kali ini Cik Seri bukan nak cerita mengenai Otai Burger tapi perniagaan francais.


Franchising is a form of business organization in which a firm that already has a successful product or service (franchisor) licenses its trademark and method of doing business to other business or individual (franchisee) in exchange for a franchise fee and an ongoing royalty payment…. -Nota lec, tak tahu dia dapat dari mana-


Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membangunkan seramai 1,200 francaisi dan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, sasaran yang telah ditetapkan ialah seramai 1,000 francaisi. Kerajaan pun menyokong bertambah kepercayaan terhadap perniagaiaan francais.


Anda perlu membeli lesen dan membayar modal perniagaan kepada franchisor. (modal sendiri) Franchisor akan menguruskan segalanya pada awal penubuhan syarikat.

Contoh: lesen perniagaan, latihan mengurus perniagaan, latihan pekerja (pekerja cari sendiri), membekalkan bahan mentah, tempat perniagaa, promosi, sokongan dan lain-lain.


Namun anda perlu membayar yuran bulanan/tahunan. Keuntungan bersama (mengikut perjanjian) Mengurus perniagaan sendiri. Tidak boleh sesuka hati membuat keputusan namun boleh berbincang dengan franchisor. Setelah latihan diberikan franchisor hanya akan memantau sekali sekali. Sekiranya perniagaan gagal franchisor tidak akan bertanggungjawab. Yuran tetap perlu dibayar walaupun syarikal mengalami kerugian.


Konsep perniagaan ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai pengalaman dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Franchisor bukan parasit. Diingatkan anda perlu bijak memilih franchisor kerana ini merupakan langkah pertama perniagaan anda.




p/s: Maklumat lanjut... gunakan search engine yang ada didepan mata anda.



2 comments:

Yana Ismail said...

Salam kenal..;)

hm btol dlm bniaga ni byk kena fikir..kalau salah lgkh hbsla..alaahai

Seri said...

salam perkenalan juga
tq kunjungi blog ni

usahawan: mereka yang berani mengambil risiko dan bijak mencari peluang.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator