Pages

Monday, April 20, 2009

PENJAGAAN ORAL KANAK-KANAK


Cik Seri secara tidak sengaja menjadi penganjur perbahasan tidak formal di bilik sendiri dan secara automatik menjadi pencadang dalam perbahasan tersebut.
Perbahasan antara Cik Seri dan X (pembangkang) yang bertajuk PENJAGAAN ORAL KANAK-KANAK

Cik Seri: Buruk betul gigi kanak-kanak yang hitam dan patah, tinggal akar je.
X : Nanti gigi tu akan dicabut. Gigi kekal tumbuh jadi cantik la.
Cik Seri: Tapi sekurang-kurangnya kena juga jaga.
X : Jaga macam mana pun gigi susu tu gugur juga
Cik Seri: Elok dari mula kanak-kanak ni diajar tentang kebersihan gigi dan mulut (oral)
X : Sama je. bla.bla.bla...... (tak bagi peluang pada Cik Seri langsung)
Cik Seri:....... malas nak layan.....................


Panduan Penjagaan Oral

Baru lahir hingga 24 bulan

· Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

· Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.

· Mengatur tabiat makan anak anda.

· Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

· Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

Umur 2-6 tahun

· Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak.

· Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.

· Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun

· Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa

· Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur

· Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

· Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Jangan ambil mudah penjagaan gigi susu walaupun akan digantikan dengan gigi kekal. Ini disebabkan gigi susu bertindak sebagai ‘reversed spot’ untuk gigi kekal.

Sumber:

Penjagaan Gigi dan Gusi, infosihat.gov.my

jknkelantan.moh.gov.my/




p/s: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator