Pages

Sunday, April 19, 2009

MENGHIAS KEK

Cik Seri akan menunjukkan cara menghias kek yang asas (aising kek)


1. Kenal pasti tujuan kek tersebut (kek hari lahir, hari ibu,....)
2. Sediakan aising dan bahan-bahan lain untuk hiasan.
3. Potong selapis lapisan nipis kek.
4. Potong kek secara melintang di bahagian tengah kek.


5. Letakkan aising/ coklat/ jem di bahagian tengah kek (mengikut kesukaan)




6. Sapukan air gula (campuran air dan gula pasir) di atas kek supaya aising 'terikat' dengan kek.




7. Letakkan aising di atas kek. Jangan letak aising pada bahagian tepi kek. Aising pada bahagian tengah akan ditolak ke tepi menggunakan pisau rata.




8. Kemaskan sapuan aising bahagian atas kek menggunakan pisau rata.
(sapukan aising sekali rata, jangan balik-balikkan)
Sekiranya hendak membuat sapuan kali kedua dan seterusnya celup pisau rata ke dalam besen berisi air panas dan lap dengan kain bersih terlebih dahulu.



9. Kemaskan sapuan aising bahagian tepi kek menggunakan pisau rata.
10. Hias bahagian atas dan tepi kek mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba.



Contoh kek yang telah siap dihias. Hasil kerja tangan kawan-kawan Cik Seri.



kek untuk ibu




kek untuk isteri




kek yang mendapat pujian: unit 1

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator