Pages

Sunday, January 08, 2012

KELU SERIBU BAHASA

Assalamualaikum,.....




2010

Habis belajar

Kerja sementara

Konvo

Posting

Bawa mak dan adik tinggal sekali


2011

Mak dan ayah bercerai secara rasmi

Berkenalan dengan suami

Bertunang

Jadi jurulatih di sekolah sukan

Tamatkan zaman bujang

Positif UPT (urine pregnancy test)


2012

Bakal menimang cahaya mata

Mak kata nak pindah, memilih untuk menjalani hidup sendiri


Kelu dengan keputusan mak,……..


Semuanya berlaku bergitu pantas.

Dari zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, bakal jadi ibu,

akan sibuk dengan keluarga, kerjaya. Anak membesar, Seri pun semakin tua.

2 minggu lepas sain borang SBPA pilihan pencen 60 tahun.


Thursday, December 22, 2011

SIAPA JODOHKU?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,.....




Jodoh itu ketentuan Ilahi. Telah terlulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Namun sebagai manusia kita tidak boleh hanya berserah kepada takdir. Kerana hidup perlu usaha bukan untuk berserah.


Dulu Seri sering tertanya-tanya “Siapa bakal suamiku?, Dimanakah dia sekarang? Adakah kami sudah bertemu?”


Lepas masuk dunia pekerjaan, Seri selalu minta Mak doakan jodoh Seri. Hampir setiap minggu. Seri percaya doa ibu lebih makbul.


Seri juga selalu berdoa supaya Allah permudahkan urusan jodoh setiap kali lepas solat.

“,.......Ya Allah, permudahkanlah urusan jodohku. Peliharakanlah akhlak dan maruah bakal suamiku,...”


Boleh juga kalau nak tambah,... “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri/ suami sera keturunan sebagai penenang hati dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah Furqan: 74)


Tak perlu diumpat mereka yang sudah lewat usia namun belum ketemu jodohnya. Allah lebih tahu apa yang lebih baik buat mereka. Berikan mereka semangat untuk tidak berputus asa soal jodoh bukannya memberi tekanan kerana berkahwin itu sunnah Rasulullah.


Banyak pula undangan perkahwinan musim cuti sekolah ni. Makin bertambah kawan-kawan Seri yang telah menamatkan zaman bujang mereka. Selamat berbahagia dalam rahmat Allah.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rum: 21)

Saturday, October 08, 2011

BERUBAH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Sudah lama tak berblog

Entri terakhir dipos 27 Julai 2011

Tiada entri bulan puasa

Tiada cerita hari raya

Tiada ucapan buat calon UPSR dan PMR

Tiada ulasan bajet 2012

,……. yang dicoretkan dalam blog ni

Seri cuma mahu kongsikan gambar buat tatapan kalian









Dulu masa PJ ngelat

Masa sukan sekolah ponteng

Masa sukan tara nyorok

Dah besau kena buat aktiviti fizikal, 7 jam sehari di padang selama 2 minggu.

Masak jadinya. Balik sekolah dikhabarkan pula kena jadi jurulatih.


* Terima kasih kepada yang singgah ke sini.

Wednesday, July 27, 2011

MAIN LILIT-LILIT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....



sebelum


selepas 4 jam



....... bersambung

Saturday, July 23, 2011

CINCIN DI JARI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....

Cikgu, tengok tangan

Tak de cincin lagi eh?

Nanti saya belikan cincin untuk cikgu ye

……. Macam2 la budak2 ni. Ada2 je nak menyakat cikgu


sekadar gambar hiasan


Sekarang emas dah mahal.


Lepas SPM mak Seri ada belikan Seri cincin macam gambar kat atas dengan harga RM120. 7 tahun kemudian Seri tanya balik kat kedai emas harga cincin tu RM350.

Tuesday, July 12, 2011

BERITA MENGEJUTKAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....

Entry ini bersifat peribadi.

Memperkecilkan perasaan orang lain.

Belum kena lagi tak tahu.


Carissa Putri yang membawa watak Maria dalam filem Ayat-ayat Cinta


Sesiapa yang pernah tonton filem Ayat-ayat Cinta pasti kenal dengan watak Maria.

Maria yang dimasukkan ke hospital akibat stress berat.

Stress gara-gara Fahri kahwin dengan wanita lain, bukan dirinya.

Ada ke orang macam tu. Sikit punya hal sampai masuk hospital.


Bukannya Seri rasa nak simpati, apatah lagi nak rasa empati.

Padahal pepatah Inggeris ada mengatakan, “Put your self in their shoes”


Bila dah kena kat batang hidung sendiri baru tahu tapi kes Seri tak sama macam Maria.

- Susah nak tidur

- Rasa nak muntah

- Sakit dada

- Sakit kepala

- Tak bersemangat

- Tak bermaya

- Nak senyum pun rasa payah

Ini bukan PMS


Sampaikan ada cikgu tegur.

2-3 hari ni nampak macam tak sihat

Tak la.

Nampak lain macam. Ke ada benda yang Seri dah lama pendam

Kantoi.

Ada juga yang dapat baca.


Seri bagi alasan penat. Kebetulan minggu tu banyak program di sekolah


Seri bukanlah seorang yang berahsia tapi dalam sesetengah perkara Seri agak tertutup orangnya walaupun kepada orang yang paling Seri percaya.

Kalau turutkan hati orang sihat pun boleh jadi sakit.


Bukankah Allah ada berfirman.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kena terus kuat dan bersemangat. Yeah. (kuatlah sangat kononnya)

Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Wednesday, July 06, 2011

MENIKMATI

Assalamualaikum..........


Dari novel-novel thriller Ramlee Awang Murshid

sekadar gambar hiasan


Ke karya Islamik Faisal Tehrani

sekadar gambar hiasan


Kini ingin pula menikmati novel-novel terbitan Fixi.

sekadar gambar hiasan


Beralih arah seketika setelah ‘lemas’ dengan timbunan buku-buku rampaian. Cuma untuk seketika.


aishhhh,...... ada budak baca novel masa Seri mengajar kat depan. Ni nak marah. Tak salah membaca tapi mesti kena pada waktunya. Novel tu dibaca masa lapang bukan waktu P&P. Buku pelajaran tak nak disentuhnya. Huhu


Jangan lupa (ingatan untuk kita sesama manusia)

Daripada Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"



Novel yang tebal tu boleh pula dihabiskannya dalam masa 1-2 hari

Sunday, July 03, 2011

BUKAN SETAKAT MENGAJAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....



poster larian


Aktiviti seminggu............


Isnin

Hantar fail meja. Katanya juruaudit nak datang sekolah


Selasa

Majlis hari anugerah


Khamis & jumaat

Perkhemahan unit beruniform


Sabtu

Larian serentak 1 murid 1 sukan, diikuti dengan sukan tahunan sekolah


Alhamdulillah, selesai 4 program dalam tempoh seminggu. Penat betul. Sempat rehat sehari. Nak merungut lebih-lebih pun tak elok. Kepenatan itu menunjukkan yang Seri masih punya pekerjaan buat memastikan dapur di rumah Seri berasap sedang ramai yang menganggur.


Terima kasih untuk pengalaman berharga............

  1. Rasa macam buat assignment pula masa nak siapkan fail meja.
  2. Seri belajar cara hias dewan untuk majlis rasmi. Rasa macam perunding majlis perkahwinan pula. Siap ada gerbang. Kerusi beriben bagai.
  3. Diberi tugas sebagai timbalan kem komanden untuk perkhemahan kali ni. Berdepan dengan pelajar yang hieteria sewaktu perkhemahan. Cikgunya pun bukannya berani sangat.
  4. Cikgu pun kena lari sama untuk larian 1 murid 1 sukan. Program anjuran KPM katanya masuk Malaysia books of record.


Disebabkan perhimpunan bersih 9 Julai pelajar asrama tidak dibenarkan balik pada minggu depan.


Laporan tak rasmi Cikgu Seri, guru akademik sekolah sukan negeri.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator